suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawi nak buat konsert berskala kecil untuk 3,000 peminat, ramai setuju harap kali ini jadi

Mawi mahu anjurkan konsert.

PENYANYI Mawi memberi bayangan bakal mengubati rindu para peminat apabila meluahkan hasrat untuk menganjurkan sebuah konsert solo secara kecil-kecilan.

Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 45, berkongsi perkara tersebut selepas menerima sokongan dan daripada rakan-rakan terdekat sejurus selesainya Konsert 3 Aura yang disertainya pada 12 Julai lepas.

"Selepas Konsert 3 Aura selesai, ada pula sahabat-sahabat yang seru supaya saya buat konsert solo.

    Hantaran Mawi di Threads. 

"Saya ingat nak buat kecil-kecil sahaja dulu dalam 3,000 orang. Insya-Allah dalam bulan September ataupun Oktober. Korang berminat ke nak sertai?" kongsinya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan menyatakan kesediaan untuk membeli tiket memandangkan mereka sudah lama merindui persembahan Mawi yang sentiasa sarat dengan tenaga.

"Nak! Saya manusia fasa Mawi World.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi pernah terima hadiah seluar dalam peminat wanita, akui ujian ketika di puncak populariti

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi buka peluang komposer hantar lagu duet dengan anak Ina Naim… “Kenapa saya rasa sebak”

"Saya memang nak tengok konsert Mawi. Harap nanti dapat tiket. Tolonglah kali ini menjadi, nak sangat tengok Mawi," usik beberapa netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Mawi pernah mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Julai tahun lalu terpaksa dibatalkan secara rasmi.

Pembatalan konsert berkenaan disahkan oleh pihak penganjur iaitu Showtag Asia menerusi satu kenyataan di laman Instagram rasmi mereka.

Menurut Showtag Aia, pembatalan konsert itu diputuskan atas beberapa factor yang tidak dapat dielakkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain