PELAKON Kamal Adli berkongsi cara tersendiri bagi mengubati kesunyian iaitu dengan melakukan pelbagai aktiviti di rumah dan meluangkan masa bersama permata hatinya, Hawra Uqaira.Menurut Kamal, 40, dia memilih untuk memanfaatkan waktu terluang dengan mengubah dekorasi rumah serta melakukan aktiviti kecergasan bagi memastikan jadual hariannya sentiasa diisi dengan perkara positif. “Apa yang mengubati kesunyian selain Hawra? Saya duduk di rumah dan lakukan sesuatu. Saya tukar kedudukan perabot atau beli televisyen baharu."Benda-benda seperti itulah yang saya lakukan sebab tiada perkara lain yang boleh saya buat.Kamal akan memanfaatkan masa bersama Hawra sebaiknya. “Baru sekali saya tukar dekorasi rumah, selebihnya saya banyak meluangkan masa melayan aplikasi Threads. Kadang-kadang kalau bosan, saya akan keluar bersukan dan pergi ke gimnasium,” katanya kepada mStar. Ditanya mengenai cadangan peminat yang memintanya untuk mencari teman hidup, Kamal menegaskan perkara tersebut langsung tidak berada dalam perancangannya. Jelas Kamal, dia mempunyai alasan tersendiri malah mengakui wujud kebimbangan mengenai keikhlasan seseorang yang cuba mendekati dirinya pada waktu ini.“Eh tidak, saya memang tidak fikir ke arah itu sebab terlalu awal untuk memikirkan benda tersebut. Untuk sekarang ini, kalau ada orang mahukan saya, saya tidak tahu sama ada dia betul-betul nak sebab diri saya atau tidak.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Diserang’ rasa sunyi, bersendirian awal pagi punca Kamal Adli tulis luahan hatiARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli tak sabar kendali wajah baharu ’Melodi’“Saya takut kalau ada agenda lain. Adakah dia boleh menerima diri saya dan keluarga saya? Jadi buat masa ini, fokus utama saya hanyalah kepada Hawra dan juga keluarga. "Saya mahu bekerja dahulu dan alhamdulillah, rezeki sekarang tengah melimpah-limpah,” ujarnya.Dalam pada itu, Kamal tidak menafikan mesej peribadinya (DM) di media sosial sering dihujani dengan pelbagai hantaran daripada netizen yang cuba melamarnya.Tidak melatah dengan situasi itu, Kamal bagaimanapun menganggap tindakan para pengikutnya itu hanyalah sekadar usikan demi melihat dirinya kembali tersenyum.Kamal dan Uqasha sah bercerai pada 12 Januari lalu. “Saya tidak membaca sangat DM itu sebenarnya. Memang ada sahaja yang hantar DM ajak berkahwin, tetapi saya faham mereka hanya bergurau sebab mahu gembirakan hati saya.“Apapun, saya mahu ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua netizen, peminat dan rakan-rakan di set penggambaran yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.Untuk rekod, Kamal pernah berkahwin dengan pelakon Uqasha Senrose pada 4 November 2021 dan bercerai pada 12 Januari lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!