PELAKON Kamal Adli menjelaskan perkongsiannya di aplikasi Threads yang menyentuh mengenai kesunyian adalah disebabkan jiwa yang berasa kosong dan bukanlah berpunca isu keluarga atau hal-hal lain.Bersendirian ketika berdepan situasi itu mendorong Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, meluahkan perkara tersebut di platform berkenaan. "Dia bukanlah sunyi (yang biasa), tapi hari itu tiba-tiba benda itu menyerang. Ia bukan masalah keresahan, tetapi ketika itu tiba-tiba datang rasa macam sunyi teruk dan tidak ada orang yang saya nak borak.Luahan Kamal tentang rasa sunyi. "Masa itu pukul 1 pagi, disebabkan berseorangan, saya tulis benda itu dekat Threads. Ada orang cakap pergi kepada keluarga dan hubungan dengan Allah. Tidak, ia bukan isu keluarga atau hubungan dengan Tuhan. Tetapi sebab jiwa rasa kosong yang saya sendiri tidak tahu kenapa. "Bila buat hantaran itu dan ramai bagi pendapat masing-masing daripada pelbagai golongan, saya jadi rasa seronok baca dan boleh kaitkan dengan diri. Jadi, saya tenang kembali. Keesokan harinya, saya terus cari anak dan luangkan masa dengan dia," katanya kepada mStar.Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Astro Fandom di D Theatre, Hextar World Empire City Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami paling positif, Kamal Adli dapat pujian ramai ARTIKEL BERKAITAN: Doa Kamal Adli sempena ulang tahun kelahiran Uqasha SenroseDitanya sama ada fasa kesunyian itu merupakan satu petanda bahawa dia kini memerlukan seorang peneman hidup yang baharu, bekas suami kepada aktres Uqasha Senrose itu memaklumkan dia belum terfikir ke arah itu.Tegas Kamal, fokus dan kebahagiaannya kini sudah mencukupi dengan kehadiran anak perempuannya, Hawra Uqaira walaupun mereka jarang bertemu akibat komitmen kerja yang padat."Saya tidak mencari untuk peneman hidup baharu, tidak lagi ke situ. Sekarang ini pun saya sudah bahagia dengan Hawra. Sekarang ini pun saya sudah bahagia dengan HawraKAMAL ADLI PELAKON "Hawra buatkan saya sangat bahagia walaupun tidak selalu berjumpa disebabkan komitmen kerja saya sendiri. Jadi, bila jumpa itu memang betul-betul lepaskan rindu," ujarnya.Dalam pada itu, Kamal turut mengulas mengenai pujian netizen selepas dia menitipkan ucapan hari lahir buat Uqasha, baru-baru ini.Bagi Kamal, tindakan tersebut adalah satu perkara normal memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham.Kamal belum terfikir mencari teman pengganti. "Tak adalah, saya rasa benda itu ramai sahaja yang buat. Mungkin bila saya buat hantaran itu, orang ramai memberikan perhatian dekat saya. Saya dengan Uqasha pun tidak ada sebarang isu dan tidak ada sebab untuk bergaduh. Jadi memang tidak ada perasaan benci kepada satu sama lain."Saya ucap hari lahir dekat dia pun bukannya sebab nak meraih simpati atau sebagainya. Saya buat itu sebab dia ibu kepada anak saya. Saya pandang dari sudut positif sahaja," tambahnya.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dan bercerai pada 12 Januari lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!