PELAKON Kamal Adli mencuri perhatian warga maya selepas menitipkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran bekas isterinya, Uqasha Senrose.Menerusi satu hantaran, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mendoakan agar aktres berkenaan sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Malah Kamal juga berharap agar Uqasha sentiasa melakukan yang terbaik dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada permata hati mereka iaitu Hawra Uqaira.Hantaran Kamal Adli di Threads. “Selamat hari jadi untuk Cik Uqasha Senrose yang juga ibu Hawra Uqaira."Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dikayakan rezeki dan diberi kebahagiaan selalu oleh Allah. Semoga menjadi ibu terbaik,” tulisnya dalam satu hantaran di Threads miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Kamal sempat mengajak netizen untuk sama-sama mengaminkan doa dan menitipkan ucapan buat Uqasha.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami paling positif, Kamal Adli dapat pujian ramaiARTIKEL BERKAITAN: “New year paling tak best” - Kamal Adli“Rakyat tolong aminkan dan bagi ucapan kalau sudi,” katanya.Untuk info, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 6 Julai.Sebagai rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.Kamal dan Uqasha mempunyai seorang cahaya mata iaitu Hawra. Bagaimanapun, mahligai yang dibina tidak bertahan lama apabila pasangan ini disahkan bercerai pada 12 Januari lalu.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!