suria

“New year paling tak best” - Kamal Adli

Kamal tiada mood untuk menyambut tahun baharu.

KETIKA kebanyakan individu gembira menantikan kedatangan tahun 2026, namun tidak bagi pelakon Kamal Adli yang memaklumkan dia tidak bersemangat untuk menyambut tahun baharu.

Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 39, berkata, situasi yang dilalui ketika ini membuatkan dia sukar untuk berpura-pura gembira.

"Ramai yang tanya semalam (Rabu) saya sambut tahun baru di mana. Beritahu saya macam mana nak sambut nak gembira dan senyum-senyum depan orang. 

Perkongsian Kamal di Threads miliknya.

Perkongsian Kamal di Threads miliknya.

"Nak tengok bunga api pun tak sampai hati. New year (tahun baru) paling tak best. Allah saja yang tahu," katanya. 

Kamal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Khamis. 

Dalam masa sama, Kamal bersyukur apabila kehidupannya kini sibuk dengan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli rindu anak, netizen sebak kenang nasib hidup tanpa ‘hero’… “Hawra mesti rindu sosok seorang ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli semakin kelakar, rajin balas komen di Threads... Ada yang buat-buat ‘confuse’ samakan dengan menteri dan Khairul Aming

"Nasib ada shooting dan ada threads ni. Enjoy your day rakyat (netizen)," ujarnya. 

Luahan jujur Kamal itu nyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ramai menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar aktor tersebut terus kuat menghadapi dugaan. 

"Tak mengapa bro, apa yang diambil pasti diganti dengan lebih baik. Allah ada untuk kita semua. 

"Semangat Kamal untuk 2026. Semoga Allah memudahkan segala urusan awak," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain