suria

Mawar Rashid selesa dengan Alfie Zumi… “Ramai ingat dia kekasih saya”

Mawar tampil jawab spekulasi hubungan rapat dengan Alfie.

TAMPIL bekerjasama dalam sebuah muzik video (MV) berjudul SUA (Semua Untuk Apa), ramai yang mula membuat spekulasi pelakon Mawar Rashid kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Alfie Zumi.

Menjawab perkara tersebut, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, memberitahu hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja tanpa melibatkan perasaan. 

Malah, kata Mawar, hantaran gambar berdua yang dimuat naik di laman sosial juga sekadar bahan promosi lagu berkenaan.

Kemesraan Mawar dan Alfie menjadi bualan ramai. 

"Memang kami berkolaborasi untuk rakaman MV tersebut. Daripada situ kami mula kenal dan bekerjasama.

"Video dan gambar yang dimuat naik pun hanya sekadar content sahaja. Hubungan kami hanya melibatkan kerja.

"Ramai yang ingatkan dia kekasih, tetapi sebenarnya ia hanyalah untuk marketing sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Struggle’ sebagai ibu tunggal, Mawar Rashid sebak tinggalkan anak perlu keluar bekerja

Biarpun begitu, kata Mawar, dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Alfie selepas penglibatan dalam MV tersebut.

Baginya, tiada masalah untuk terus berkawan rapat dengan penyanyi itu.

"Kami masih lagi berhubung atas dasar kerja," ujarnya ringkas.

Hubungan kami hanya melibatkan kerja

MAWAR RASHID 

PELAKON 

Mawar turut mengakui selesa bekerjasama dengan Alfie dan tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk kembali disatukan.

Malah, Mawar yang telah melebarkan sayap ke dunia nyanyian melihat bidang itu sebagai satu ruang untuk terus mencipta karya baharu.

"Kalau ada rezeki untuk kami bekerjasama lagi, apa salahnya? Saya pun baru terlibat dalam industri muzik, mungkin ini adalah peluang untuk saya.

Mawar selesa bekerja dengan Alfie. 

"Saya selesa bekerja dengan Alfie. Dia sangat profesional. Dia juga telah bekerjasama dengan ramai artis lain," jelasnya.

Untuk rekod, Mawar pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada 2017 namun mengumumkan perceraian selepas enam tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain