suria

Alahai romantiknya Didi Astillah dilamar teman lelaki, tak malu melutut serah cincin

Didi mendapat kejutan di tahun baharu.

PENYANYI Didi Astillah mendapat kejutan apabila dilamar kekasihnya,  Diniey Ng sempena sambutan tahun baharu 2026. 

Menerusi video yang dikongsi, Diniey dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika acara konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor. 

Meluahkan rasa gembira, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyifatkan momen istimewa itu sebagai permulaan baharu untuk tahun ini.

Didi berkongsi kegembiraan dilamar kekasih. 

"Mulakan tahun baru dengan Yes!" ujarnya sebagai tanda setuju menerima lamaran tersebut. 

Menerusi video berkenaan, Didi dan Diniey pada awalnya berdiri di tempat penonton sedang menyaksikan persembahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang Didi Astillah lebih introvert, tak boleh berada di tempat ramai orang... Menyanyi bukan untuk kejar populariti 

ARTIKEL BERKAITAN: Azam 2026, Syed Saddiq beri bayangan hari istimewa bersama Bella Astillah

Lekaki itu kemudian membuat kejutan mengeluarkan bekas cincin sebelum melutut dan kemudian menyarungkannya ke jari manis Didi. 

Diniey kemudian dilihat bersalaman dengan ibu Didi yang juga ada di tempat berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain