suria

Azam 2026, Syed Saddiq beri bayangan hari istimewa bersama Bella Astillah

Ucapan Syed Saddiq mendapat sorakan peminat yang hadir.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq, seakan-akan memberi bayangan bakal berlaku sesuatu yang istimewa antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah sempena menyambut tahun baharu 2026.

Tampil bersama di atas pentas ketika Bella membuat persembahan, Syed Saddiq memberitahu perkara itu menjadi azamnya untuk tahun ini.

“Semua orang ada azam sendiri, saya juga ada. Itu untuk pengetahuan keluarga saya dan Bella. Insha-Allah masanya akan tiba,” katanya.

Syed Saddiq semakin terbuka bercakap soal hubungan dengan Bella. 

Ucapan tersebut mendapat sorakan peminat yang hadir pada acara sambutan ambang tahun baharu yang berlangsung di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada malam Rabu.

Apabila diusik tentang perkara paling penting dalam hidupnya, Syed Saddiq secara spontan menjawab Bella dan menyifatkan wanita itu cukup istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak bagi muka, rancang saman ‘haters’ tabur fitnah 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah beli mikrofon baharu, dapat bantu tingkatkan kualiti persembahan... Netizen teka harga cecah RM30,000

“Bertemu wanita yang istimewa di sebelah saya ini. Bukan susah nak jawab soalan itu.

“Jika tidak, saya tidak akan memakai ini (sambil menunjukkan baju yang tertera wajah Bella). Sebab itu saya letakkan wajah wanita istimewa ini di dada,” luahnya.

Bella yang turut berada di atas pentas dilihat tersipu-sipu malu apabila Syed Saddiq mengucapkan kata-kata tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain