suria

Bella Astillah tak bagi muka, rancang saman ‘haters’ tabur fitnah

Bella bakal saman netizen yang memfitnah dirinya.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah bakal mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman fitnah terhadap netizen yang didakwa menyebarkan tohmahan dan kecaman melampau terhadap dirinya.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia menghargai sokongan peminat yang mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit yang bukan sahaja memfitnah, malah mencemarkan maruahnya.

“Insya-Allah saya akan buat (fail saman fitnah). Terima kasih, saya hargai,” katanya.

Bella akan ambil tindakan terhadap haters.

Perkara itu dikongsikan Bella ketika membalas komen seorang netizen yang menyarankan agar dia melantik peguam dan mengumpul bukti bagi memfailkan saman fitnah menerusi platform Threads, pada pagi Jumaat.

Sebelum itu, individu berkenaan menasihati Bella supaya tidak lagi berdiam diri dan bertindak secara profesional melalui saluran undang-undang.

“Kali ini Bella kena lantik peguam untuk kes fitnah. Kutip semua ID (username) dan saman mereka,” tulis netizen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah beli mikrofon baharu, dapat bantu tingkatkan kualiti persembahan... Netizen teka harga cecah RM30,000 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah bawa keluarga ke Perancis guna duit simpanan… “Tak sanggup mahu berseronok sendiri”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong keputusan Bella dan menyifatkan kecaman yang dilemparkan sudah melampaui batas.

“Tolong teruskan sebab dah melampau sangat. Tak fikir maruah orang.

“Betul Bella, saman sahaja kerana haters ini makin besar kepala.

Bella hargai pandangan peminat minta dirinya failkan saman fitnah terhadap netizen.

“Teruk haters ni, sebar fitnah dan kebencian terhadap Bella,” antara komen netizen.

Difahamkan, tindakan itu dipertimbangkan selepas segelintir pihak bertindak keterlaluan sehingga melibatkan anak-anak Bella dalam kecaman yang dilemparkan.

Malah, sebuah video yang menyaksikan anak perempuannya, Ara menari turut dijadikan isu dan bahan untuk mencari kesalahan penyanyi itu, meskipun Bella sebelum ini memilih untuk berdiam diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain