BERDEPAN ujian kerugian besar akibat ditipu penganjur acara bukanlah perkara mudah buat penyanyi, Ariff Bahran.
Namun di sebalik dugaan itu, Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, meluahkan rasa syukur atas kasih sayang keluarga yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
"Hilang RM425,000 memang susah, berat rasanya.

Bahran terus kuat demi keluarga.
"Tapi di sebalik ujian ini saya bersyukur tengok isteri selamat melahirkan anak ketiga.
"Anak-anak sihat dan keluarga sentiasa ada di sisi. Benda itu nikmat yang sangat besar Allah beri," katanya.
Bahran berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya berserta potret bersama keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian nak bawa Sheila On 7 masuk Malaysia musnah, Ariff Bahran tanggung kerugian RM425,000 ditipu penganjur
ARTIKEL BERKAITAN: Industri muzik penuh toksik, berat sebelah... Ariff Bahran dedah punca tak mahu menyanyi lagi
Bahran dan isterinya, Amirah Syazwani selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiga pada 21 November lalu.
Tambah penyanyi ini, sebagai ketua keluarga dia tidak akan pernah patah semangat untuk terus mencari rezeki.
"Duit boleh cari. Duit itu masih boleh diperjuangkan, dapat atau tidak belakang cerita.

Bahran mendedahkan dia ditipu penganjur acara.
"Selagi ada nyawa, tenaga dan sihat tubuh badan, saya akan sentiasa berjuang mencari rezeki.
"Apa yang penting orang-orang yang saya sayang sihat dan selamat," luahnya.
Bahran sebelum ini membuat pendedahan mendakwa dia bersama beberpa rakan menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM425,000 oleh seorang penganjur acara.
Bahran difahamkan bertindak sebagai penaja selepas penganjur acara itu berjanji membawa masuk kumpul muzik Indonesia, Sheila On 7 untuk mengadakan konsert kira-kira setahun lalu namun konsert tersebut gagal dilaksanakan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


