suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada tarikh luput! Jangan tangguh tuntut hutang, rupanya hak pemiutang boleh hilang selepas enam tahun

Undang-undang sivil menetapkan tempoh had tertentu bagi sesuatu perjanjian hutang. -Gambar hiasan AI

PANDAI berhutang, pandailah bayar tanpa mengira waktu dan berapa jumlahnya.

Itu adalah pegangan asas yang difahami ramai.

Malah dalam Islam, hutang kekal sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sehinggalah ia dijelaskan sepenuhnya atau dihalalkan oleh pemberi hutang.

Namun, tahukah anda bahawa daripada sudut undang-undang sivil di Malaysia, hutang sebenarnya mempunyai tarikh luput.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang peguam menerusi akaun Threads, M. Arif Azmi.

"Daripada segi undang-undang sivil, jangan terkejut bahawa di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953, tindakan untuk menuntut hutang yang berasaskan kontrak hanya boleh dibawa dalam tempoh enam tahun dari tarikh hak itu timbul.

"Selepas tempoh itu berlalu, hutang anda boleh jadi 'mati' di mata mahkamah, walau berapa besar pun jumlahnya," tulisnya.

Bagaimanapun, pemberi hutang tidak seharusnya terus cemas dengan fakta tersebut.

Ini kerana menurut M. Arif, Seksyen 26 di bawah akta sama menetapkan tempoh aktif perundangan hutang itu boleh diset semula sekiranya si penghutang melakukan salah satu daripada dua perkara ini:

1. Membuat pengakuan berhutang secara bertulis

2. Membuat sebarang bayaran, walaupun hanya sebahagian kecil

Sebaik sahaja pengakuan bertulis atau bayaran sebahagian itu dibuat, tempoh enam tahun tersebut akan bermula semula dari tarikh terakhir pengakuan atau pembayaran berkenaan dilakukan.

Sehubungan itu, M. Arif mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah berhubung pembayaran hutang.

"Maksudnya mudah sebenarnya iaitu masa sentiasa berjalan, saksi makin lupa, dokumen makin hilang, dan hak anda boleh pupus tanpa disedari. 

"Jadi kalau anda ada hutang yang belum dituntut, atau anda pernah tanda tangan mengaku berhutang... jangan tunggu.

"Dapatkan nasihat guaman sekarang, sebelum hak anda tamat tempoh dan tinggal penyesalan sahaja," katanya.

Artikel Lain