suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada 1,001 sebab tuan rumah kenakan deposit tinggi... 7 kecuaian ini akhirnya makan diri!

Pemilik rumah berisiko berdepan kerugian sekiranya terlalu beri muka kepada penyewa yang tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasa AI

MAHU buat duit sampingan dengan menyewakan rumah memang idea yang bagus.

Tapi jika tersilap langkah, niat untuk meringankan beban bulanan boleh bertukar menjadi mimpi ngeri gara-gara berdepan kerenah penyewa.

Pengalaman pahit inilah yang dikongsi seorang pemilik rumah di platform Threads menerusi akaun hamzah_abd.hamid.

Akuinya, akibat beberapa kesilapan 'mahal' yang dilakukan, dia akhirnya terpaksa menanggung pelbagai kerugian.

"Jadi jangan tanyalah kenapa tuan rumah letak deposit tinggi. Disebabkan perangai penyewa macam inilah yang buat tuan rumah jadi serik," tulisnya.

Berikut adalah tujuh kesilapan yang dikongsikan untuk dijadikan iktibar:

1. Tidak menukar nama akaun TNB kepada penyewa

Tuan rumah terpaksa menanggung beban kewangan akibat sikap penyewa yang keluar rumah tanpa menyelesaikan tunggakan bil elektrik.

Akibatnya, tuan rumah terpaksa membayar sendiri tunggakan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM700 serta bil air berjumlah RM200.

2. Beri kebenaran penyewa tebuk dinding rumah

Kebenaran yang diberikan tanpa pemantauan menyebabkan kerosakan teruk pada struktur dinding.

Keadaan rumah yang ditinggalkan digambarkan seperti 'kena bom'.

3. Perjanjian sewa hanya dibuat pada tahun pertama

Kecuaian tidak memperbaharui kontrak sewaan selepas tahun pertama telah diambil kesempatan oleh penyewa.

Akibatnya, penyewa bertindak tidak membayar sewa selama lima bulan berturut-turut yang melibatkan kerugian sebanyak RM2,250.

4. Tidak ambil tahu keadaan rumah

Terdapat juga penyewa mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan bagi inisiatif yang dilaksanakan kerajaan menggunakan akaun utiliti pemilik rumah. 

Antaranya menerusi Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) yang melibatkan pemberian e-rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.

5. Beri kebenaran pemasangan alat penyaman udara

Kelonggaran yang diberikan pemilik untuk memasang sendiri alat penyaman udara menyebabkan penyewa tidak berhati-hati, sekali gus merosakkan permukaan dinding rumah ketika proses pemasangan dan pembukaan alat berkenaan.

6. Beri kebenaran ubah suai rumah

Tindakan memberi kebenaran untuk menghias kediaman akhirnya menyebabkan pelbagai kerosakan berlaku. 

Sebagai contoh, penggunaan kertas dinding hiasan yang tidak sesuai telah merosakkan permukaan serta kemasan dinding rumah tersebut.

7. Beri penyewa duit untuk cat rumah

Niat baik tuan rumah menyerahkan wang tunai untuk kerja-kerja mengecat semula rumah akhirnya memakan diri. 

Duit tersebut dilarikan oleh penyewa, manakala dinding rumah tetap dibiarkan dalam keadaan kotor dan tidak diperbaiki.

Artikel Lain