SEORANG wanita berusia 60 tahun dipukul beramai-ramai oleh orang awam selepas ditangkap mencuri barangan di sebuah pasar.Ketika disoal siasat, wanita dikenali sebagai Ramsih itu mengaku terpaksa mencuri kerana dibebani masalah kewangan. Kejadian itu berlaku di Pasar Saptu di Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada 31 Oktober."Saya ke pasar seorang diri. Saya dibebani hutang dengan 12 bank," ujar peniaga warung itu ketika ditemui pada Isnin.Di sebalik kesalahan yang dilakukannya, Ramsih berkata dia terkilan apabila diperlakukan dengan kasar oleh orang awam.Dakwanya, dia bukan sahaja ditarik dan diseret, malah tudung serta pakaiannya turut dikoyakkan dalam kejadian itu.Ramsih turut mengalami kecederaan ringan apabula beberapa individu memukul bahagian belakang badannya.Tambah Rumsih, dia juga terkilan apabila maruahnya seolah-olah tidak dihormati menerusi tindakan mengoyakkan pakaian yang dipakainya.ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggal sendirian ketika keluarga ziarah kematian, nenek 90 tahun ‘diratah’ pemuda tinggal sekampungARTIKEL BERKAITAN: Nenek 78 tahun dibunuh, tubuh berlumuran darah… Penduduk hairan penyewa rumah sewa mangsa tiba-tiba ‘ghaib’Untuk rekod, Rumsih mempunyai empat orang anak yang sudah berumah tangga.Suaminya pula mengalami strok serta penyakit prostat sehingga tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di rumah.Dalam pada itu, Ketua Polis Sektor Cibungbulang, Kompol Suyoko berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian yang tular di media sosial itu dengan mendapatkan keterangan saksi serta penduduk setempat.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi pada 31 Oktober lalu apabila Rumsih didakwa mengambil beberapa barangan termasuk minyak masak, mi segera, tempe, bawang putih, cili, bebola daging, sabun dan selipar. -Agensi