PENYANYI Ani Mayuni meluahkan rasa bangga terhadap anaknya, Viviana yang berjaya membina karier sendiri pada usia yang muda.Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 47, berkata dia sentiasa melihat kesungguhan dan pengorbanan anaknya dalam mencari rezeki sejak melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Menurut Ani, bekas peserta Talk To My Manager (TTMM) musim kedua itu tidak pernah merungut walaupun terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian.Ani sebak lihat kegigihan Viviana mencari rezeki.“Dia seorang anak yang sangat rajin bekerja. Bayangkan ketika diploma, kami tidak dapat memberikan duit belanja setiap bulan, tetapi dia tidak pernah bertanya pun.“Hanya berbekalkan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selepas habis kelas dia bekerja sambilan sebagai barista, menjadi pemandu Grab untuk pelajar serta menawarkan perkhidmatan memasak mi segera dan menghantar parcel,” katanya.Lebih membanggakan, Ani berkata Viviana, 20, kini sudah dipercayai untuk menjadi tenaga pengajar di beberapa institusi termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) walaupun masih belum menamatkan pengajian.ARTIKEL BERKAITAN: Viviana kena buli siber lagi, digelar pelacur pulaARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhirMalah, hasil titik peluh sendiri, Viviana berjaya membeli sebuah kereta secara tunai selain menghadiahkan telefon bimbit kepada ibu bapanya.“Umi (panggilan Ani) bangga dengan awak, kakak. Belum habis belajar, orang sudah percaya dengan kebolehan awak untuk menjadi tenaga pengajar. Dengan titik peluh sendiri, awak berjaya beli kereta secara tunai walaupun terpakai.“Telefon bimbit untuk umi dan papa pun awak belikan. Saya bangga dengan awak. Dia pasti akan mengemas kini perkembangan serta menghubungi umi.ANI MAYUNIPENYANYI“Ada yang kata kami ini orang miskin. Kami akui kami miskin, tetapi kami tidak kacau orang. Kami berusaha dengan titik peluh sendiri,” ujarnya.Dalam masa sama, Ani turut menitipkan pesanan kepada anaknya agar terus kuat menghadapi kehidupan selain tidak mengambil peduli kata-kata negatif orang sekeliling.Ani juga memberitahu Viviana sentiasa menghubunginya dan memaklumkan perkembangan diri setiap kali keluar atau pergi ke mana-mana sekali gus menyangkal tanggapan negatif orang terdekat mengenai anaknya.Viviana banyak bantu keluarganya.“Kami tidak suka memburukkan orang dan aib orang kami simpan rapat, tetapi jangan melampaui batas.“Setiap masa, ke mana dan dengan siapa dia berada, dia pasti akan mengemas kini perkembangan serta menghubungi umi.“Tidak apa, kakak. Jalan terus. Saya kenal awak dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak,” luahnya.