TERSENARAI sebagai salah seorang peserta kerusi panas Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Amylea Azizan mengakui ia peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan diri di pentas dan bukan sekadar penerbit muzik di belakang tabir.Bagi Amylea, 40, jika namanya terpilih sebagai salah seorang peserta, ia secara tidak langsung dapat menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap dirinya bukanlah seorang penyanyi. "Ada yang memandang rendah dengan menganggap saya sebagai seorang singer-songwriter dan bukan penyanyi sebenar. Tapi mereka lupa ramai lagi rakan artis seperti saya."Semalam (Ahad) ada juga rakan alumni Akademi Fantasia yang bergurau beritahu saya tak perlu bertanding sebab pernah terbitkan lagu untuk peserta Gegar Vaganza."Kalaulah undian itu berjaya dan ada tempat untuk saya, sekurang-kurangnya orang ingat saya masuk industri muzik kerana persembahan dan nyanyian," katanya ketika dihubungi mStar.Amylea antara 25 penyanyi tersenarai untuk kerusi panas GVF. Amylea antara 25 bekas pelajar Akademi Fantasia yang diumumkan sebagai calon undian bagi merebut empat tempat melengkapi 13 peserta GVF yang bermula pada malam Ahad.Berserah kepada sokongan undian peminat, bagi penyanyi ini pentas GVF boleh menjadi platform terbaik buatnya sebagai seorang penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Sufie Rashid tidak sertai GV Fantasia, mohon maaf hampakan peminat ARTIKEL BERKAITAN: Amylea Azizan tak suka ‘tunggang‘ isu media sosial, yakin kerjaya lancar tanpa kontroversi"Selepas 21 tahun, peminat yang mengikuti perkembangan tahu bagaimana saya membuat persembahan. Mereka boleh bezakan Amylea yang dulu dan sekarang."Sebelum ini selalu menyaksikan GV namun tak pernah terfikir untuk sertai, tetapi apabila pihak pengurusan memberi galakan, saya setuju," kongsinya.Amylea cabar diri kembali sertai program nyanyian. Malah, penyertaan itu juga dianggap sebagai satu cabaran untuk keluar dari zon selesa apabila kembali bersaing merebut gelaran juara."Selama ini saya selesa memberi cabaran kepada penyanyi lain sebagai seorang produser. Sekarang saya cabar diri untuk keluar dari zon selesa jika terpilih," ujarnya.Untuk rekod, Amylea merupakan pemenang tempat ketiga AF3 di mana ketika itu Mawi diumumkan sebagai juara.