suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya agak moody, harap itu tandanya” - Achey penat ambil alih tugas urus keluarga sejak isteri jalani IVF, Anne berdebar tunggu keputusan

PELAWAK Achey Bocey memberitahu dia kini terpaksa mengambil alih segala urusan berkaitan rumah tangga sepanjang isterinya, Anne menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38 berkata, dia dan isteri banyak menghabiskan waktu mereka di rumah bagi memberikan fokus kepada rawatan yang sedang berlangsung itu.

"Bagi saya, fasa itu sudah selesai. Cuma bahagian saya sahajalah yang agak memenatkan. Kerja dia akhirnya menjadi kerja saya. Kerja dia menjadi kerja saya, dan kerja saya pula memang kekal menjadi tanggungjawab saya.

"Pada mulanya, semua urusan rumah seperti mengemas rumah dan sebagainya memang saya kena buat. Tetapi sekarang, dia sudah mula okey. Dia sudah boleh buat sedikit sebanyak, cuma tidak boleh mengangkat barang yang beratnya satu kilogram ke atas, saya pun sedikit moody, tidak tahulah. Wallahualam harap tanda-tandanya, tetapi kita serahkan kepada Allah," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Anne berkata, dia lebih banyak berehat di rumah dan perlu mengehadkan aktiviti harian meskipun sudah terbiasa dengan kehidupan aktif dan mereka dijangka mengetahui keputusan IVF dalam tempoh kira-kira seminggu lagi.

"Insya-Allah, saya okey sepanjang perjalanan IVF ini memang banyak cabarannya sekarang saya berada dalam fasa berehat di rumah banyak perkara yang tidak boleh saya lakukan, dan itulah yang agak mencabar bagi saya sebab memang seorang yang aktif. Saya suka bekerja dan suka melakukan macam-macam perkara. Tetapi sekarang, asyik kena marah.

"Lebih kurang dalam seminggu lagi mungkin kami akan mendapat Keputusan itu nanti, wallahualam. Sama ada positif atau sebaliknya, kita tunggu sahaja. Kita memang mengharapkan sesuatu yang positif, tetapi pada masa yang sama, kita juga risau kerana sudah mempunyai pengalaman sebelum ini," luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi