suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kidd Santhe tak setuju hip hop bawa pengaruh negatif, lagu banyak berkisar pengalaman hidup

PENYANYI rap Kidd Santhe menyangkal tanggapan segelintir masyarakat yang menganggap budaya hip hop sebagai satu perkara negatif.

Kidd, 27, berkata, kebanyakan karya yang dihasilkan dalam genre tersebut sebenarnya berkisarkan pengalaman serta perjalanan hidup seseorang pengkarya.

Menurutnya, lirik yang ditulis juga menjadi medium untuk seseorang artis meluahkan perasaan dan berkongsi kisah peribadi menerusi muzik

"Ada ramai orang mungkin sangka hip hop ini menceritakan perkara negatif, tetapi sebenarnya tidak.

"Puisi kami adalah refleksi tentang kehidupan peribadi yang diterjemahkan menerusi lagu. Seperti lagu saya, saya tahu orang banyak tenaga.

"Tetapi dari segi lirik, kebanyakannya berkisarkan kehidupan diri sendiri dan pengalaman yang pernah saya lalui," katanya.

Berkongsi lanjut, Kidd menjelaskan sekiranya terdapat karya hip hop yang membawa mesej atau emosi negatif, ia mungkin berpunca daripada pengalaman yang dilalui oleh penyanyi itu sendiri.

Jelasnya, muzik merupakan salah satu ruang buat pengkarya mengekspresikan perasaan tanpa semestinya menggambarkan keseluruhan budaya hip hop.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi