suria

Ubai MZ selesa hidup sederhana, janji nafkah wajib untuk Shila Amzah ditunaikan

PERSONALITI media sosial, Ubai MZ memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan isterinya Shila Amzah dan anak-anak.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli , 28, berkata kemewahan bukanlah keutamaan utama, sebaliknya mereka lebih selesa hidup dalam kesederhanaan.

“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini perkara biasa untuk lelaki atau suami lain kena buat.

“Saya akan lakukan apa saja yang boleh buat Shila gembira sebab bila isteri gembira kita sebagai suami akan turut senang. Maka rumah tangga pun akan lebih harmoni.

“Kami tidak hidup bermewah, sama macam orang biasa saja. Kami belanjakan apa yang perlu dan kalau ada rezeki lebih baru kami beli. Jangan membazir,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi