SUDAH menjadi kebiasaan, pelawak Saiful Apek hanya akan menikmati bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa dan ketika bersahur sepanjang bulan Ramadan. Menurut Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, rutin tersebut mula diamalkan sejak kecil sehingga sudah sebati dengan dirinya. Malah dia tidak pernah teringin untuk menikmati makanan lain termasuk pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Amalan diet bubur lambuk juga mengajar Saiful untuk berjimat. "Saya memang tidak pergi bazar Ramadan. Sejak kecil sudah dilatih berbuka dan bersahur bubur lambuk, kurma dan air panas. Ia dah sebati dengan saya. Jadi tak perlu nak pergi bazar atau mengidam apa-apa makanan. "Saya tidak pernah rasa jemu sebab dalam tempoh sebulan ini sahaja saya akan amalkan diet sebegini. Lagipun ini satu momen untuk saya menikmati bubur lambuk sepanjang Ramadan," katanya kepada mStar. Saiful berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Dapur Goodday yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Apek kena tahan? ARTIKEL BERKAITAN: [V] Saiful Apek bukan ditahan, hanya salah faham bengang kena kutukMenurut Saiful, amalan diet itu juga mengajar diri supaya menikmati keindahan bulan Ramadan dan dapat mengelakkan pembaziran dengan membeli makanan secara berlebihan. Saiful juga memberitahu dia akan cuba mengelak untuk jamuan berbuka puasa di luar selain akan membawa bekal bubur lambuk sendiri jika perlu. "Sebab itu saya elakkan berbuka di luar atau akan kenakan syarat perlu ada bubur lambuk. Jika tiada, saya akan bawa bekal sendiri. Kadang-kala rasa kekok sebab bimbang orang salah anggap. Tetapi itulah amalan saya. Ini satu momen untuk saya menikmati bubur lambuk sepanjang RamadanSAIFUL APEK PELAWAK "Lama-kelamaan saya mula faham diet ini juga dapat mengelak daripada pembaziran. Sesuai dengan konsep Ramadan. Kita tahu sepanjang bulan Ramadan memang banyak makanan dibazirkan," ujarnya. Menyentuh mengenai kerjaya seni, Saiful memberitahu dia akan mengambil tempoh rehat sepanjang bulan Ramadan supaya dapat memberi fokus kepada diri sendiri. "Saya memang tetapkan tidak ambil tawaran kerja setiap kali bulan Ramadan. Dalam setahun ada 12 bulan dan semuanya tentang kerjaya. 11 bulan sibuk kerja, jadi Ramadan adalah untuk saya tenangkan diri. Zizan (kanan) tampil sebagai pengacara program Dapur Goodday sepanjang Ramadan. "Inilah masa untuk rehat dan fikirkan langkah seterusnya. Rutin ini sudah biasa saya amalkan. Cuma dua tahun kebelakangan ini perlu terlibat dengan kerja yang telah saya terima awal," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Saiful akan terbabit dalam salah satu episod program Dapur Goodday yang akan bersiaran setiap hari pada pukul 5.30 petang di saluran Astro Ria. Rancangan masakan itu dikendalikan oleh pelawak terkenal, Zizan Razak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube