suria
mStar - Urban.Versatil

Jenazah anak Amyza Aznan, Andre Mikhail selamat dikebumikan

Amyza lihat proses pengebumian sehingga ke akhirnya.

JENAZAH anak sulung kepada Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada Selasa. 

Allahyarham Andre atau nama sebenarnya Andre Mikhail Khairil Idzhar, 20, disemadikan sekitar pukul 10.45 pagi. 

Terdahulu, jenazah Andre disembahyangkan di  Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat, Selangor. 

Amyza setia menemani sehingga ke akhir pengebumian anaknya.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, selebriti dan teman rapat hadir bagi memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Fauziah Nawi, Melissa Saila, Norman Hakim, Datin Umie Aida, Lisdawati, Diddie Alias, Ida Moin, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Shahz Jasle, Ellie Suriaty dan Presiden Seniman, Zed Zaidi. 

Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiera cadang nama Andre kepada Amyza Aznan, tak mampu sorok kesedihan… “Semua yang datang tidak dapat tahan air mata”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pergi di bulan Ramadan, itu yang menguatkan saya” - Suami Amyza Aznan reda, Andre Mikhail tetap ceria walau setahun diuji kanser

Sebelum ini, Amyza merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang difahamkan berada pada tahap kritikal.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi berita sedih apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Tahun ini Amyza sekali lagi berdepan ujian berat apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan kanser tulang dan berita tersebut mengejutkan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain