suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Fresh grad’ baru sedar cabaran alam pekerjaan, gelabah tengok baki gaji lepas tolak segala komitmen

Setiap graduan pastinya mengharapkan kerjaya dengan bayaran yang berbaloi. -Gambar hiasan AI

RAMAI graduan yang baru menamatkan pengajian berdepan cabaran mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan akademik mereka.

Selepas diterima bekerja, ada pula yang terus hidup susah kerana dibayar dengan gaji tidak setimpal dengan bebanan kerja.

Menurut seorang graduan, dia tidak menyangka alam pekerjaan begitu mencabar sehingga perlu berdepan masalah kewangan sejak memulakan kerjayanya.

Ramai graduan berdepan cabaran dalam mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan. -Gambar hiasan AI

"Saya baru saja tamat pengajian. Gaji RM2,800. Tolak potongan wajib, tinggal dalam RM2,400. Tolak sewa bilik dan kereta saja dah RM1,000.

"Jadi baki gaji tinggal RM1,400 macam tu," kongsi pemuda berkenaan.

Menurutnya, dia berhijrah demi mendapatkan peluang pekerjaan, namun kini terpaksa menanggung kos kerana tidak lagi tinggal bersama keluarga.

  • Pemuda baru tamat belajar kongsi realiti kehidupan selepas mula bekerja.
  • Dia menerima gaji RM2,800, namun baki tinggal RM1,400 selepas tolak komitmen.
  • Dia terpaksa tanggung kos kereta dan bilik sewa kerana berjauhan dengan keluarga.
  • Netizen beri nasihat agar dia menabung walaupun situasi kewangannya agak ketat.

"Saya tinggal di kampung yang tak ada peluang pekerjaan. Jadi terpaksalah sewa bilik. Kalau nak ulang alik dari rumah keluarga pun makan modal juga.

"Ia juga boleh menjejaskan mental sebab nak ulang alik kerja dan hadap kesesakan trafik lebih satu jam. Nak kata menyesal terima kerja ni pn tak boleh.

"Sekarang saingan sengit. Sekurang-kurangnya dah dapat kerja pun saya bersyukur. Dapat la bagi mak ayah sikit," luah pemuda itu lagi.

Pada masa sama, dia turut bertanya pendapat netizen berapakah jumlah wang yang boleh disimpan sebagai tabungan daripada baki gajinya sebanyak RM1,400 itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘fresh grad’ rancang beli kereta, mak ayah nampak peluang kaut rebat tunai RM4,000! Tergamak minta penasihat jualan rahsiakan

ARTIKEL BERAKITAN: Hantar lebih 300 permohonan, banyak syarikat senyap tanpa jawapan... Hidup ‘fresh grad’ ini berubah selepas empat bulan menanti

Di ruangan komen, netizen turut memberikan pelbagai pendapat dan saranan buat anak muda berkenaan.

"Okey dah tu ada baki RM1,400. Mungkin kena asingkan juga duit minyak, tol, makan dan minum, lepas tu baru fikir untuk tabungan.

"Awak graduan baru habis belajar. Gaji itu tidak tinggi, tapi tak rendah sangat. Fokus tambah pengalaman dan kemahiran. Nanti cari kerja lain.

"Boleh simpan RM200 sebulan sebagai permulaan. Duit itu akan bertambah nanti. Yang penting berpada-pada dalam berbelanja," pesan netizen.

Artikel Lain