suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barang kemas sampai lengan tapi nak pinjam wang, wanita ‘block’ kawan lepas diminta serah seutas gelang sebagai cagaran

Wang boleh menjadi punca keretakan hubungan sesama rakan. -Gambar hiasan AI

KERANA wang, adik-beradik sanggup bermasam muka, apatah lagi sahabat yang tiada pertalian darah.

Menurut seorang wanita, hubungannya dengan seorang rakan terjejas gara-gara dia enggan meminjamkan sejumlah wang kepadanya.

Jelas wanita itu, rakannya berang apabila diminta memberi 'cagaran' sebagai syarat sebelum dia bersetuju untuk meminjamkan wang.

Ada individu yang menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar hutang. -Gambar hiasan

"Kawan nak pinjam duit RM5,000. Dia tak cerita untuk tujuan apa, cuma dia terdesak. Masa datang jumpa, saya nampak dua cincin di jari dan gelang tiga lapis.

"Saya kata, saya boleh pinjamkan, tapi dia kena bagi satu gelang. Nanti bila dah ada duit, dia boleh bayar hutang dan saya akan pulangkan gelang.

"Dia terus bagi seribu satu alasan. Dia kata saya tak percayakan dia. Akhirnya memang saya tak bagi. Saya tak nak persahabatan rosak gara-gara RM5,000," ujarnya.

  • Wanita tular selepas kongsi cerita tentang rakannya yang mahu pinjam wang.
  • Rakannya datang berjumpa wanita itu dan mahu meminjam wang sebanyak RM5,000.
  • Dia minta rakannya serah seutas gelang sebagai syarat sebelum bersetuju meminjamkan wang.
  • Rakannya pula tidak bersetuju dengan syarat itu dan terus memburukannya kepada kenalan mereka.

Susulan kejadian itu, dia mendakwa rakannya itu mula memburukkan dirinya, malah turut menyekat sebarang bentuk komunikasi antara mereka.

"Saya dapat tahu dia bercerita kepada beberapa rakan. Dia kata saya hina dia. Dia juga tuduh saya bajet kaya. Dia siap sumpah supaya saya jatuh miskin dan hidup susah.

"Bila saya nak hubungi untuk bertanya, baru perasan dia dah sekat saya di semua platform," kongsinya menerusi hantaran di aplikasi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga ‘up status’ pergi umrah walau hutang lebih 10 tahun belum langsai... Tindakan si anak buat penghutang ‘kepanasan’

ARTIKEL BERKAITAN: “Akulah si bodoh tu!” - Terlalu percaya darah daging sampai sanggup ‘ikat’ hutang 24 bulan, merana buat pinjaman e-dagang

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongan dan menganggap wanita itu terselamat daripada rakan yang tidak baik.

"Orang simpan emas sebab tak nak meminjam. Bila terdesak boleh jual atau gadai. Dia tak, nak juga pinjam duit orang.

"Okey la tu, putus kawan tapi tak hilang RM5,000. Cuba bayangkan kalau hilang RM5,000 lepas tu putus kawan pula. Allah sedang melindungi kamu, Alhamdulillah," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain