suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangga ‘up status’ pergi umrah walau hutang lebih 10 tahun belum langsai... Tindakan si anak buat penghutang ‘kepanasan’

Pemberi hutang sering berdepan tekanan emosi apabila cuba menuntut semula wang yang dipinjamkan. -Gambar hiasan AI

MEMINJAMKAN wang kepada orang lain atas dasar ingin membantu merupakan satu tindakan yang baik.

Namun, keikhlasan itu boleh bertukar menjadi rasa terkilan apabila hutang yang dipinjamkan gagal dilunaskan meskipun sudah bertahun-tahun lamanya.

Itulah yang dirasai seorang individu apabila melihat ibunya terus bersabar dengan seorang wanita yang berhutang ribuan ringgit sejak lebih 10 tahun lalu.

Berkongsi kisah di Threads, pengadu berkata kesabarannya mula hilang sejak awal tahun ini selepas melihat wanita berkenaan memuat naik status sedang berangkat menunaikan umrah.

Walhal ketika itu, hutang kepada ibunya masih belum dilangsaikan.

"Awal tahun ini aku tak tahan sebab mak terlalu berlembut hati dengan pelbagai alasan perempuan ni. Aku tak faham kenapa orang berhutang boleh buat status pergi umrah, tapi hutang dia tak bayar.

Mereka yang berhutang perlulah sentiasa melangsaikan pinjaman dengan segera. -Gambar hiasan AI

Mereka yang berhutang perlulah sentiasa melangsaikan pinjaman dengan segera. -Gambar hiasan AI

"Jadi aku hantar mesej berbunyi... saya berdoa dan bersumpah agar orang-orang yang berhutang sentiasa diseksa atas dunia dan di akhirat termasuk keturunan dan keluarganya," ujarnya berkongsi situasi yang berlaku ketika itu.

Namun tanpa diduga, mesej yang dihantar pada 6 Januari lepas seolah-olah menggerakan hati wanita terbabit untuk tampil melangsaikan segala hutang kepada ibunya.

Menurutnya, berita tersebut bagaimanapun diketahui selepas dia menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mengingatkan kembali berkenaan mesej 'akhirat' diterima.

"Aku dapat panggilan, orang tu cakap aku ada hantar mesej tentang akhirat... jadi aku pun terus teringat makcik yang meminjam ni.

  • Seorang wanita berhutang ribuan ringgit dengan ibu pengadu lebih 10 tahun.
  • Si anak berang selepas lihat status wanita itu pergi umrah.
  • Dia hantar mesej mengingatkan mengenai balasan di dunia dan akhirat.
  • Wanita terbabit terkesan lalu melangsaikan seluruh tunggakan hutang ibu.
  • Netizen pesan pinjamkan sekadar jumlah yang sanggup dihalalkan.

"Tanpa makian aku tanya dia balik kenapa sibuk nak tahu siapa, aku suruh dia fikir dengan siapa dia berhutang. Aku pesan jangan ganggu aku lagi," imbaunya lagi yang mengakui terkejut menerima panggilan berkenaan.

Susulan kejadian itu, dia terus menghubungi ibunya untuk mengadu tentang gangguan panggilan yang diterima.

Ketika itulah ibunya memaklumkan bahawa wanita terbabit sebenarnya baru sahaja melangsaikan seluruh tunggakan hutangnya sebelum membuat panggilan berkenaan.

"Apabila aku hubungi mama dan beritahu perempuan tu ganggu aku, baru mama maklumkan yang dia sebenarnya dah jelaskan semua hutang yang tergantung selama 10 tahun tu," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang cucu sulung punya fasal, wanita bengkak hati nenek paksa sponsor DJ majlis kahwin sepupu

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terpaksa OT, jual kuih sampai kena strok sebelum meninggal... Rupanya jadi penjamin, kawan 'lari' tak bayar hutang

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk mereka yang menyarankan pemberi hutang untuk meminjamkan wang dalam jumlah sedikit supaya ia dapat dihalalkan.

"Pesan dekat mak dan diri sendiri, jangan bagi orang pinjam wang kalau tak bersedia untuk hilang terus duit tu.

"Arwah atuk saya pernah pesan, kalau nak beri pinjam wang, biarlah dalam kadar yang kita sanggup halalkan kalau orang tu tak bayar," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain