suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Buang yang itu demam la makcik!” - Pemilik kedai gajet terkejut wanita bertudung larang padam aplikasi judi

Aktiviti perjudian semakin berleluasa menerusi platform dalam talian. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN telefon pintar dalam kehidupan seharian sudah menjadi kelaziman kerana memudahkan pelbagai urusan, termasuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

Namun, ada segelintir individu yang menyalahgunakan kemudahan itu untuk melakukan aktiviti tidak bermoral, antaranya berjudi secara dalam talian menerusi aplikasi tertentu.

Situasi itu dikongsikan seorang pemilik kedai gajet ini yang berdepan pengalaman mengejutkan ketika membaiki telefon milik seorang pelanggan wanita berusia.

Peranti telefon pintar menjadi keperluan seharian masyarakat tanpa mengira usia tua mahupun muda. -Gambar hiasan AI

Ketika memeriksa kerosakan pada telefon berkenaan, dia menemukan sebuah aplikasi perjudian yang tersembunyi dalam peranti tersebut.

"Seorang makcik ni datang kedai bawa telefon mengadu ada masalah kerap keluar iklan popup. Masalah ni biasa berlaku untuk orang-orang tua yang cucu mereka selalu main telefon.

"Masa saya tengah buang aplikasi malware, terjumpalah aplikasi ini. Saya terus tanya dia sebab rasa macam tak logik mak cik bertudung ni pasang sendiri aplikasi berkenaan," katanya berkongsi cerita.

  • Seorang pemilik premis gajet berkongsi pengalaman menemui aplikasi judi dalam telefon seorang wanita warga emas.
  • Wanita itu pada awalnya mengalami masalah iklan pop-up yang kerap muncul pada skrin telefon.
  • Ketika memeriksa telefon, dia menemukan sejenis aplikasi judi yang digunakan secara dalam talian.
  • Namun, dia terkejut apabila wanita itu melarangnya memadam aplikasi berkenaan selepas mengetahui ia sebenarnya digunakan.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan pantas menghalangnya daripada memadam aplikasi tersebut selepas dimaklumkan bahawa ia berkaitan aktiviti perjudian.

"Aplikasi yang ni saya buang ya? Sebab ni aplikasi judi, mungkin virus tu install kot.

“Eh jangan, buang yang tu demam la makcik. Aplikasi yang tu memang guna," katanya mengimbas perbualannya dengan pelanggan wanita berkenaan.

Menurut pemilik kedai berkenaan, kes sedemikian bukanlah perkara baharu kerana aplikasi seumpama itu kerap dilihat dalam telefon milik pelanggan pelbagai peringkat usia, termasuk golongan veteran.

ARTIKEL LANJUT: Abang lori main judi ‘online’ kantoi dengan isteri, tertidur tapi lupa ‘off’ telefon... Anggap rezeki tak berkat, punca lambat dapat zuriat!

ARTIKEL LANJUT: Suami isteri ditahan, buat 'live' judi ikan laga di TikTok

Justeru, dia berpesan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan isu berkenaan kerana aktiviti perjudian bukan sahaja membawa masalah kewangan, malah boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.

"Aplikasi ini memang banyak disimpan dalam telefon orang kita, tak kira yang muda mahupun golongan tua yang berkopiah.

"Nak cakap lebih, takkanlah tak tahu judi itu haram. Entahlah, semoga mereka yang terlibat diberikan hidayah untuk bertaubat.

"Tolong periksa telefon suami atau ayah masing-masing. Kalau ada aplikasi ini, buang terus kerana bimbang termakan rezeki haram," ujarnya.

Sebagai peringatan, judi adalah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan dalam Islam.

Menerusi perkongsian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dihuraikan secara panjang lebar tentang pengharaman judi dan kesannya kepada individu dan masyarakat.

Artikel Lain