suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Avril Lavigne kini bergelar ibu, gembira timang puteri sulung

Avril selamat menimang cahaya mata pertama.

PENYANYI Avril Lavigne selamat menimang cahaya mata pertama, seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup bersama pasangannya.

Avril, 42, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan beberapa keping foto hitam putih bersama bayi berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, Avril dan pasangannya dilihat memegang tangan si kecil, manakala satu lagi gambar memperlihatkan penyanyi lagu Complicated itu mendakap erat puteri sulungnya.

Foto kasut Vans bersama skateboard sinonim dengan gaya Avril satu ketika dahulu.

"Puteri kecil kami sudah selamat tiba," tulisnya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Turut mencuri perhatian, foto tiga pasang kasut Vans bercorak petak-petak yang diletakkan di atas papan luncur, termasuk sepasang kasut bersaiz bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tyga berhabis beli rantai berlian RM300,000 bukti cinta terhadap Avril Lavigne

ARTIKEL BERKAITAN: Tyga mengaku jadi orang ketiga, umum sedang bercinta dengan Avril Lavigne

Bagaimanapun, Avril masih belum mendedahkan identiti bapa kepada bayi perempuannya itu.

Dalam pada itu, wakil penyanyi berkenaan memberitahu Peopla bahawa Avril kini sedang menikmati masa bersama keluarga kecilnya selain memberi tumpuan kepada proses menyiapkan album baharu.

"Avril sedang meluangkan masa bersama keluarganya sambil menyiapkan album baharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas segala kasih sayang yang diberikan," katanya.

 

Artikel Lain