suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awang Versi meninggal dunia ketika sarapan pagi

Allahyarham cukup terkenal dengan lagu Bila Kekasih Mula Merajuk.

VOKALIS utama kumpulan Versi, Awang, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.45 pagi Sabtu.

Berita duka itu disahkan isterinya, Yusnani, 54, yang memaklumkan Allahyarham mengalami demam dan kesukaran bernafas sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun.

Menurut Yusnani, keadaan suaminya Awang atau nama sebenarnay Che Saimi Che Wok mula membimbangkan apabila dia mengadu sukar untuk bernafas ketika hendak bersarapan pagi.

Allahyarham menghidap masalah jantung sejak dua tahun lalu.

"Pagi tadi arwah mengadu demam dan mengalami masalah pernafasan. Nafasnya pendek-pendek sahaja.

"Ketika itu arwah hendak bersarapan. Tiba-tiba dia memberitahu mahu muntah sebelum duduk berhampiran sinki untuk muntah.

"Dia kemudian meminta saya mengurutnya. Selepas itu, secara tiba-tiba dia terus tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung

Berkongsi lanjut, Yusnani memberitahu Allahyarham mempunyai masalah jantung sejak dua tahun lalu dan perlu mengawal pengambilan air bagi mengelakkan keadaan kesihatannya bertambah buruk.

"Sebelum ini, keadaannya memang begitu apabila badannya terlebih air. Arwah mempunyai masalah jantung dan tidak boleh mengambil air secara berlebihan.

"Apabila terlebih air, badannya akan mengalami bengkak terutama pada kaki dan perut, selain sukar bernafas. Sejak dua hingga tiga hari lalu, dia juga mengalami batuk teruk dan berkahak," ujarnya.

Kumpulan Versi pada tahun 1996.

Dalam pada itu, Yusnani memaklumkan urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut sebelum Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut selepas solat Asar.

"Insya-Allah, jika semua urusan selesai, jenazah akan dikebumikan hari ini," katanya.

Untuk rekod, Awang mula aktif sebagai vokalis kumpulan Versi sejak 1996.

Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik, kumpulan itu popular menerusi beberapa lagu antaranya Bila Kekasih Mula Merajuk, Terlunjuk, Daun Emas, Burung Kota dan Janji Terpelihara.

Artikel Lain