suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung

Dunia seni berduka atas kehilangan Kamarool.

PELAKON Kamarool Yusoff dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 5.30 petang pada Rabu di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Berkongsi berita duka itu, rakan artisnya, Amir Raja Lawak, memaklumkan dia menerima berita pemergian Allahyarham daripada anak pelakon berkenaan.

"Iya, Cik Man sudah meninggal dunia. Anak dia maklumkan. Saya masih dalam perjalanan ke hospital," katanya kepada mStar.

Kamarool telah menghiburkan ramai peminat sepanjang penglibatan dalam dunia seni. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Allahyarham Kamarool atau Kamarozaman Yusoff sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan akibat saluran jantung tersumbat.

Pelakon yang mesra disapa Cik Man itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan belum sempat menerima rawatan susulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih suka duduk Kelantan, Kamarool Yusoff masih larat memandu jauh... Banyak tolak tawaran lakonan

Kamarool merupakan seorang pelakon veteran yang cukup dikenali dan memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1986.

Allahyarham membintangi puluhan filem dan drama sepanjang penglibatannya dalam industri seni, antaranya Gila-Gila Remaja, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock Oo.

Gelaran Cik Man mula diberikan kepada Kamarool selepas beliau membintangi rangkaian filem Rock.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain