suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Takkan nak tolak sebab ada dia“ - Uqasha Senrose tiada masalah bergandingan, hormat rezeki Aliff Aziz

Uqasha (kiri) kekalkan sikap profesional di set penggambaran drama.

KONTROVERSI yang pernah melanda Aliff Aziz bukan alasan bagi pelakon Uqasha Senrose untuk menolak peluang bergandingan dengan aktor berkenaan dalam drama Madu Atau Racun.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata dia menghormati rezeki setiap individu dan memilih untuk bersikap profesional sepanjang berada di lokasi penggambaran tanpa mencampuri urusan peribadi rakan sekerja.

"Sepanjang bekerjasama, sejujurnya dia (Aliff) adalah seorang pelakon yang hebat. Dia cuba beri yang terbaik untuk drama ini. 

"Pada saya, tak ada rasa takut pun. Macam saya ini baik sangat pula, siapa saya untuk masuk campur dalam kehidupan orang lain. 

Uqasha enggan mencampurkan antara urusan peribadi dan kerjaya lakonan.

"Saya pun buat kesilapan juga. Kalau tiada kena mengena dengan hidup saya, apa yang saya tahu itu adalah rezeki dia. Takkan saya nak tolak sebab ada dia. Sudah tertulis itu rezeki kami," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Uqasha turut menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk menolak tawaran berlakon hanya kerana Aliff dipilih sebagai hero drama tersebut.

Malah, dia bersyukur segala urusan sepanjang penggambaran berjalan dengan lancar.

"Jujur saya kata, bila saya tahu hero saya adalah Aliff, siapa saya untuk mengatakan tidak pada rezeki orang. 

"Kami hanya bekerja sebagai rakan sekerja yang profesional di set. Alhamdulillah selepas habis penggambaran pun tak dengar apa-apa cerita, kalau tak mesti dah macam-macam orang bercerita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini proses kami sebagai ibu bapa“ - Uqasha belajar jadi ibu, berbaik dengan Kamal demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Digam stesen TV? Aliff Aziz akui sedih, yakin perancangan Allah lebih baik

"Alhamdulillah semuanya tak ada masalah sehinggalah ke hari ini," ujarnya. 

Dalam masa sama, Uqasha turut memuji komitmen Aliff dan Elisya Sandha yang disifatkan sebagai pelakon profesional yang banyak membantu menghidupkan watak dalam drama berkenaan.

"Alhamdulillah saya dapat rakan gandingan yang hebat. Saya begitu teruja melihat kehebatan lakonan mereka. Ini pertama kali saya bergandingan bersama Aliff dan Elisya. 

"Mereka tahu peranan masing-masing jadi (kerja) tidak susah. Syukur saya dapat berlakon dengan pelakon profesional. 

"Aliff dan Elisya banyak membantu dan memberi semangat untuk menjayakan watak ini dengan baik," katanya. 

Dari kiri: Elisya, Uqasha dan Aliff merupakan teraju utama dalam drama Madu Atau Racun.

Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman akan mula ditayangkan menerusi platform iQIYI pada 14 Ogos ini.

Selain Uqasha, Aliff dan Elisya, drama ini turut dibintangi Adlin Aman Ramlie, Liza Abdullah serta Aprena Manrose.

Sebelum ini, nama Aliff menjadi perhatian susulan beberapa kontroversi termasuk ditahan berkhalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024. 

Isu berkenaan turut membawa kepada keruntuhan rumah tangganya apabila dia dan penyanyi Bella Astillah sah bercerai pada 13 Jun tahun yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain