SEJAK menjalani pembedahan bariatrik pada Julai lalu, pengacara Maria Tunku Sabri menerima pelbagai kecaman netizen gara-gara penurunan berat badan yang sangat mendadak.Maria, 55, bagaimanapun enggan ambil pusing tentang ejekan netizen sebaliknya ingin mengutamakan kesihatan diri selepas disarankan mengambil ubat-ubatan kencing manis dan kolesterol daripada doktor yang merawat. “Sebenarnya doktor sudah melakukan saringan kesihatan dan memberi saya tempoh tiga bulan untuk kuruskan badan. Jika tidak dia terpaksa suruh saya ambil ubat kencing manis dan kolesterol selain ubat darah tinggi yang telah saya ambil sejak 19 tahun lalu. Maria terasa seperti remaja dengan berat badannya sekarang ini.“Jadi saya fikirkan kesihatan saya dan tidak kisah apa cakap orang. Mereka nak kata saya terlalu kurus, ibarat makcik berbangsa Cina, malah ada yang memanggil saya Roslan Shah, saya tak kisah semua itu. “Yang penting suami dan anak-anak saya tahu saya melakukan bariatrik demi kesihatan. Insya-Allah saya mahu hidup sihat, umur panjang dan melihat anak-anak saya berumah tangga,” katanya kepada mStar.Menurut Maria, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal seperti yang disarankan doktor namun dia gagal mengawal nafsu makananya.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda kes bunuh dengan nama resipi, Maria Tunku Sabri tahu batas bergurau - “Sekarang dah 2021, saya harap orang lebih terbuka fikirannya”ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terkejut lihat penampilan baharu Maria Tunku Sabri… “Kurus sangat macam anak dara”Jelasnya, dia tidak berfikir panjang apabila menerima cadangan daripada adik angkatnya yang juga peserta Akademi Fantasi musim ke-11, Farez Adnan untuk berjumpa pakar pembedahan bariatrik yang berminat untuk menaja pembedahan tersebut.“Saya sudah cuba pelbagai cara untuk mengawal pemakanan tapi tidak berhasil. Saya berpuasa, cuba ubat kurus yang dinamakan saxenda, bermacam-macam cara lagi tetapi gagal. “Saya tak boleh terima apabila doktor menasihatkan saya untuk mengambil ubat (kencing manis, kolesterol dan darah tinggi) kerana saya mahu menjaga kesihatan buah pinggang saya. Sebab itu, dengan izin Allah, saya mahu sihat," kongsinya. Doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat wanita berusia 18 tahun.MARIA TUNKU SABRIPENGACARATambah Maria lagi, dia menolak pengambilan ubat-ubatan kecing manis dan kolesterol kerana risau akan memberi kesan kepada kesihatan buah pinggang sekiranya ubat-ubat tersebut diambil tanpa air kosong yang mencukupi.“Selepas disarankan doktor untuk mengambil ubat-ubatan, saya mengambil masa dua minggu berfikir tentang kesihatan buah pinggang saya. Saya tahu pengambilan ubat-ubatan ini lambat laun akan merosakkan organ tersebut jika diambil tanpa air mencukupi.“Tambahan pula saya memang suka minuman manis, sejak dulu mengamalkan air berperisa. Susah untuk melihat saya minum air kosong,” jelasnya.Penampilan Maria sebelum ini jadi sebutan netizen.Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu cukup teruja apabila menerima perubahan positif selepas melakukan pembedahan tersebut sekali gus tidak perlu mengambil ubat-ubatan seperti disarankan doktor.“Selepas membuat pembedahan itu, saya rasa kesihatan saya bertambah baik. Saya sudah berhenti mengambil ambil ubat darah tinggi selepas 19 tahun memakannya dan tak perlu mula memgambil ubat kecing manis serta kolesterol. “Setiap bulan saya melakukan ujian darah dan doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat wanita berusia 18 tahun. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekarang sudah sihat tanpa penyakit tiga serangkai," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!