PENGACARA Maria Tunku Sabri mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan penampilan baharu yang semakin kurus dan sihat.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, foto Maria, 55, yang sedang bercuti di Tokyo, Jepun menerima pelbagai reaksi netizen yang terkejut melihat personaliti televisyen itu sudah semakin ramping.
Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa kagum dan memberikan pujian atas dedikasi dan usaha Maria dalam menjaga kesihatan.

Antara reaksi yang diterima di Instagram milik Maria.
"Masya-Allah, lama tak tengok sekali tengok wow meletop Maria JJCM (panggilan Maria) versi baru. Alhamdulillah tahniah kak Maria.
"Fuh, sampai tak cam sebab kurus sangat macam anak dara.
"Tahniah akak, dah kurus sihat Alhamdulillah. Semoga kesihatan baik-baik saja," tulis netizen.
Biarpun menerima pelbagai pujian, namun ada juga individu yang meninggalkan komen jahat apabila mendakwa penurunan berat badannya itu disebabkan penyakit kencing manis.
ARTIKEL BERKAITAN: Persenda kes bunuh dengan nama resipi, Maria Tunku Sabri tahu batas bergurau - “Sekarang dah 2021, saya harap orang lebih terbuka fikirannya”
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ‘travel’ bersama rakan baik, Sheila Rusly mahu nikmati hidup di usia 54 tahun... “Takkan duduk rumah saja”
Tidak melatah dengan komen tersebut, Maria menegur individu berkenaan dan menasihatinya supaya menjaga adab ketika memberi komen.
“Salam ayat tu boleh ada adab? Terima kasih,” kata Maria.
Sebelum ini, menerusi hantaran lain Maria pernah berkongsi memaklumkan dia melakukan pembedahan bariatrik atas saranan doktor pakar.
Menurut pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini, dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut kerana berdepan dua masalah kesihatan iaitu sakit lutut selain ingin mengelakkan diri daripada mengambil ubat kencing manis dan kolesterol.
"Doktor lutut menasihatkan saya menurunkan berat badan sebab msalah lutut saya sudah tahap tiga.
"Doktor di syarikat saya bekerja juga memberikan masa selama tiga bulan untuk menurunkan berat badan atau mereka akan mula beri saya ubat kencing manis dan kolesterol," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


