Siapa sangka individu diberi kepercayaan untuk menguruskan rumah menyimpan muslihat jahat dengan tindakan cukup menjijikkan. -Gambar hiasan AI
MUSLIHAT tiga pembantu rumah melakukan khianat dengan cara meludah ke dalam makanan majikan terbongkar selepas salah seorang daripada mereka tersalah menghantar mesej ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga.Apa lebih mengejutkan, tindakan jijik melibatkan pembantu rumah dari negara jiran itu dipercayai sudah dilakukan beberapa kali. Perkara itu dikongsikan seorang individu yang juga anak kepada majikan terbabit menerusi satu hantaran di laman Threads menggunakan akaun Sahayalah.Menurut individu berkenaan, segalanya bermula apabila ketiga-tiga pembantu rumah terbabit mewujudkan satu kumpulan WhatsApp sesama sendiri yang sering digunakan untuk mengutuk Malaysia."Mak aku pernah sembang dekat meja makan dengan abah aku fasal isu hangat tempoh hari.Perbualan santai tanpa disangka-sangka menjadi pencetus kepada rancangan jahat tiga pembantu rumah. -Gambar hiasan AI"Mak aku cakap individu dalam isu itu mempunyai IQ rendah. Mak aku bukan cakap semua."Ayat mak aku lebih kurang begini, itulah IQ rendah sangat, sampai fakta dengan auta pun tak dapat bezakan," kongsinya.Isu dibincangkan itu merujuk kepada perdebatan hangat tercetus antara rakyat Indonesia dan Malaysia di media sosial.Perbualan ibu bapanya itu dakwa wanita terbabit turut didengari oleh salah seorang pembantu mereka yang kemudian menyampaikan perkara tersebut ke dalam kumpulan WhatsApp rahsia berkenaan.Salah seorang daripada mereka kemudiannya secara tidak sengaja menghantar mesej berbaur dendam ke dalam kumpulan WhatsApp yang turut disertai oleh ibu bapanya.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah biasa ditampar, ditendang... Wanita tergamam tengok keluarga layan ‘maid’ macam hamba abdi! - “Saya sujud minta maaf”ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua ada 3 pembantu rumah, tapi menantu tetap kena masak! Wanita Malaysia tergamam tengok cara hidup biras di Bangladesh"Bunyi mesej WhatsApp dia lebih kurang macam ini, kita ludah sahaja dalam makanan mereka macam tak biasa buat. Padan muka, rasakan ludah orang IQ rendah ini," tulisnya mengimbas kembali mesej mengejutkan itu.Terkejut dengan pendedahan mesej tersebut, ibu kepada wanita itu segera memanggil ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan dan mengarahkan mereka menyerahkan telefon bimbit masing-masing.Tindak balas tegas itu menyebabkan ketiga-tiga mereka ketakutan dan turut merayu simpati kepada majikan mereka."Bila ibu dan abah buka kumpulan WhatsApp mereka, rupa-rupanya penuh dengan perancangan untuk melarikan diri, nak ambil barang, nak ludah dalam makanan dan macam-macam lagi."Abah cakap nak buat laporan polis sebab ada unsur mahu mencuri atau merompak. Muslihat tiga pembantu rumah meludah makanan majikan kantoi selepas tersalah hantar mesej ke kumpulan WhatsApp keluarga.Dendam berpunca selepas mereka mencuri dengar perbualan majikan mengenai isu hangat Malaysia-Indonesia.Mesej tersebut turut mendedahkan perbuatan jijik itu sudah biasa dilakukan sebelum ini.Pemeriksaan telefon bimbit membongkar rancangan mereka untuk mencuri dan melarikan diri.Kesemuanya dipecat serta-merta, hadiah ditarik balik dan dilaporkan kepada agensi untuk disenarai hitam.Ringkasan berita ini djana oleh AI"Walaupun mereka mendakwa hanya bergurau sesama sendiri, tetapi kalau betul-betul terjadi, mereka boleh menjadi suspek," ujarnya lagi.Susulan insiden itu, ibu bapa wanita itu mengambil tindakan tegas dengan menamatkan perkhidmatan ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan serta-merta."Selepas ibu dan abah berhentikan mereka, ibu ambil semula semua telefon bimbit dan barang kemas yang pernah dibelikan sempena hari jadi mereka."Duit bonus yang belum sempat dimasukkan pun ditarik balik. Ibu turut memaklumkan perkara ini kepada pihak agensi. "Kemungkinan besar mereka akan dihantar pulang dan disenarai hitam kerana ia melibatkan kes berat serta ada unsur mahu mencuri. Puas hati aku," katanya.