SEORANG wanita rebah akibat dirempuh ketika melintas di lintasan pejalan kaki (zebra crossing), namun penunggang motosikal terbabit didakwa meninggalkan lokasi kejadian meskipun terdapat anggota polis berhampiran.Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Nong Khaem, Bangkok, Thailand, pada 29 Oktober lalu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial. Rakaman itu dipercaya dimuat naik oleh teman lelaki mangsa pada 30 Oktober 2026 menerusi laman Facebook Yak Dang Diao Jat Hai Return Part 7.Menurut kapsyen, mangsa merupakan seorang guru bahasa Inggeris warga asing yang bertugas di sebuah sekolah di Nong Khaem.Pemilik video mendakwa anggota polis yang berada di lokasi tidak menahan penunggang motosikal terbabit, sebaliknya membenarkan dia meninggalkan tempat kejadian seperti biasa.Mangsa kemudian bangun dan berjalan menyeberangi jalan sebelum mendapatkan pemeriksaan di hospital.Kos rawatan perubatan mangsa dianggarkan melebihi 10,000 baht (RM1,300).Satu laporan berhubung kejadian itu turut dibuat di Balai Polis Metropolitan Nong Khaem. - Agensi.