SALING menghormati dan menjaga batas pergaulan dengan individu berlainan jantina amat penting bagi mengelakkan timbulnya rasa kurang senang pasangan selepas mendirikan rumah tangga.Namun seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya didakwa kerap bermain badminton bersama wanita lain meskipun dia sendiri berada di gelanggang sama. Menerusi perkongsian di media sosial, si isteri berkata suaminya ada kalanya bermain secara berdua dengan wanita berkenaan dan tidak kurang juga secara berpasangan."Normal ke kalau lelaki sudah kahwin tapi main badminton dengan perempuan lain. Kadang main berdua, kadang main pair.Suami yang baik akan mengutamakan isteri dalam segala hal berbanding orang luar. -Gambar hiasan AI"Walaupun ada masanya saya ada je dekat court badminton tu tapi mereka selamba je main bersama."Baik suami saya dan perempuan tu, dua-dua tak jaga perasaan saya. Sakit dada malam-malam tahan marah dengan sikap mereka," luahnya.Menurutnya, dia bukan sahaja terkilan dengan sikap suami, malah turut mempersoalkan tindakan wanita bujang terbabit yang seolah-olah tidak menghormatinya sebagai isteri.Dia mengakui sudah menegur suaminya mengenai perkara itu, namun kecewa apabila perbuatan sama masih berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal minta cerai, cemburu bekas suami bahagia bersama orang baharu... Fikiran toksik muncul, anggap lelaki cepat ‘move on’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemburu suami ‘terlajak’ mesra dengan kakak ipar, siap jalan pegang tangan! Persoal umur dah 30 tahun tapi tak kahwin"Sakit hati dengan suami sebab membuka ruang dan peluang. Sakit hati dekat perempuan anak dara tu sebab tak faham keadaan. Dua-dua sama je tak hormat saya sebagai isteri."Saya mampu doa je suatu hari nanti kalau perempuan tu berkahwin, dia rasa apa yang saya rasakan sekarang. Saya ni ada je main badminton dengan suami."Tapi apabila saya rehat sekejap, tiba-tiba perempuan tu masuk main berdua dengan suami saya. Kawan-kawan suami saya yang lain membenarkan dengan suruh dia masuk court," luahnya lagi.Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads dengan rata-ratanya bersimpati dan memahami perasaan wanita berkenaan.Suami didakwa kerap bermain badminton dengan wanita lain.Isteri terkilan apabila suami tidak menjaga batas pergaulan.Dakwa sudah menegur suami tetapi perbuatan sama masih berulang.Wanita bujang terbabit turut dipersoalkan kerana tidak menghormati status isteri.Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen di Threads.Ringkasan ini dijana oleh AITerdapat juga pengguna yang berpendapat si suami sepatutnya lebih memahami batas pergaulan selepas berkahwin serta mengambil kira perasaan isteri."Tak normal. Suami dan isteri patut sedar benda ni tak boleh diamalkan dalam apa-apa sukan sekali pun."Kalau saya, memang tegur je depan-depan perempuan tu. Lantak la kau malu ke apa sebab common sense la. Jangan normalisasikan benda haram," komen sebahagian netizen.