suria

Wanita menyesal minta cerai, cemburu bekas suami bahagia bersama orang baharu... Fikiran toksik muncul, anggap lelaki cepat ‘move on’

Kebanyakan orang pastinya terasa hati melihat kebahagian bekas pasangan dengan insan lain. -Gambar hiasan AI

FASA selepas perceraian sering menjadi tempoh paling mencabar buat ramai individu apabila terpaksa berdepan perubahan emosi, rasa kehilangan dan pencarian makna baharu dalam hidup.

Bagi seorang wanita, hatinya mula berasa tidak tenang selepas mengetahui bekas suami sudah menemui pengganti walaupun mereka baru sahaja bercerai dalam tempoh beberapa bulan.

"Saya dan bekas suami sudah bercerai hampir empat bulan. Ya, saya yang minta cerai tapi bukan sebab dia curang atau pukul saya.

Setiap orang berhak untuk bahagia dengan mencari pasangan baharu selepas berpisah. -Gambar hiasan AI

"Saya bercerai sebab rasa hidup ini kosong walaupun ada suami. Sebenarnya dia seorang suami yang baik tapi saya tetap minta untuk diceraikan," luahnya di Threads.

Selepas lafaz cerai, wanita itu berkata bekas suaminya terus menghilangkan diri dan mereka dikatakan sudah terputus hubungan.

Namun baru-baru ini dia mendapat tahu bekas suami hidup bahagia serta sudah mempunyai pasangan baharu.

Situasi itu membuatkan dia mula dihimpit rasa menyesal dan tertanya-tanya sama ada lelaki sememangnya lebih cepat berubah hati atau 'move on' selepas perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa si dia muncul semula? Cuba rujuk tafsiran tu... agak-agak yang mana satu tepat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anggap bekas suami kejam, cepat ‘move on’ sampai tak peduli kebajikan anak - “Dia banyak masa fikir soal cinta”

"Ya dia tunaikan apa yang saya nak (bercerai). Selepas dia ceraikan saya, dia terus menghilang. Tapi hari ini (8 Januari) saya tengok dia dah bahagia.

"Dia dah ada pengganti baharu dan sekarang saya rasa menyesal. Anda semua, saya nak tanya adakah lelaki memang cepat move on?," katanya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meminta wanita itu menerima hakikat dan memberi ruang kepada bekas pasangannya untuk meneruskan kehidupan baharu.

  • Wanita menyesal selepas melihat bekas suami sudah mempunyai pasangan baharu walaupun perceraian baru  berlaku.
  • Dia yang memohon cerai walaupun mengakui bekas suaminya seorang lelaki yang baik dan tidak berlaku curang.
  • Bekas suami terus menghilangkan diri selepas lafaz cerai dan mereka terputus hubungan.
  • Wanita itu tertanya-tanya sama ada lelaki memang lebih cepat 'move on' selepas berpisah.
  • Netizen menasihatinya menerima takdir dan beri ruang kepada bekas suami untuk meneruskan kehidupan baharu.

"Anda berdua berhak bahagia, cuma bukan bersama. Perceraian itu asbab supaya masing-masing bertemu jodoh sebenar sama macam bekas suami awak yang dah ada pengganti.

"Move on dan cari bahagia sendiri. Jangan kacau dia lagi. Dia dah ada pengganti ke move on ke, itu bukan urusan awak. Jangan jadi manusia toksik yang tak boleh tengok dia bahagia dengan orang lain. 

"Perasaan boleh hilang, manusia berubah. Jangan harapkan dia akan terus mengejar awak hanya kerana ada sejarah bersama," ujar seorang netizen itu.

Artikel Lain