suria

Isteri diminta waspada, jangan terlalu ‘husnuzon’ jika suami konvoi ke Hatyai dengan kawan-kawan - “Takut dia ride benda lain”

Hatyai memang terkenal dengan lambakan pusat urut dengan harga berpatutan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki memberi amaran kepada golongan isteri agar berwaspada sekiranya suami mereka mengikuti konvoi motosikal ke Hatyai, Thailand.

Dalam hantaran di Thread, dia mendakwa segelintir lelaki berstatus suami orang melakukan perbuatan terkutuk ketika bercuti di lokasi pelancongan popular itu.

"Kepada para isteri, kalau suami anda cakap nak ride ke Hatyai, janganlah percaya 100 peratus yang dia ride motor je.

Ramai rakyat Malaysia gemar ke Hatyai untuk menikmati pelbagai makanan yang enak. -Gambar hiasan AI

"Takut dia ride 'benda' lain. Kisahnya hari tu aku kat Hatyai, aku pergi urut badan. Aku dengan kawan pilih tukang urut lelaki.

"Datang beberapa lelaki Malaysia. Masing-masing galak pilih tukang urut wanita. Siap tanya lagi, sebelum urut kena buka semua atau bogel ke? 

"Sesi urut ni one to one. Jadi kau dengan tukang urut je tahu apa yang berlaku. Tapi bukan semua macam tu. Ini hanya cerita pengalaman je," tulisnya.

  • Lelaki minta wanita waspada jika suami mereka mengikuti konvoi ke Hatyai.
  • Dia mendakwa lelaki tempatan buat perkara terkutuk ketika berurut di Hatyai.
  • Seorang lagi wanita mendakwa pernah lihat situasi sama di sebuah hotel.
  • Netizen selar golongan lelaki yang sanggup menipu isteri ketika di luar negara.

Di ruangan komen, seorang lagi rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan situasi lebih kurang sama ketika bercuti di Hatyai.

"Saya setuju sebab pernah terserempak sekumpulan rider Melayu turun lif lobi hotel di Hatyai. Dekat lobi ada pelacur. Galak setiap 'seekor' tanya berapa harga langgan. Perangai macam kera," tulis individu itu pula.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan segelintir suami yang tergamak menduakan isteri ketika bercuti ke Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Hatyai tu nak lari! Wanita letih hadap ejen pelancongan suka ‘menekan-nekan’, siang malam mesej suruh bayar ‘booking’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rayu bantu suami terkandas banjir di Hatyai, rupanya 'hanyut' lebih awal check-in dengan 'officemate' wanita

"Sanggup ke Thailand nak cari dosa. Lepas tu bawa penyakit dekat bini. Jijik betul.

"Yang peliknya, bab makan cari halal. Pergi urut, halal haram tak fikir langsung.

"My ex kantoi pergi urut di Hatyai. Siap ajak kawan yang dah kahwin. Terus saya minta putus," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain