Amalan bantu-membantu ialah perbuatan mulia bertujuan mengeratkan silaturahim, meringankan beban, serta memupuk kasih sayang. -Gambar hiasan AI
PERASAAN simpati terhadap kesusahan orang lain hadir tanpa dirancang, apatah lagi apabila melibatkan anak kecil yang terpaksa mengalah demi masa depan adik-beradik mereka.Itulah kisah dikongsikan seorang pendidik ini apabila terserempak dengan sebuah keluarga yang sedang membeli pakaian sekolah. Tanpa sengaja dia terdengar perbualan keluarga itu hingga membuatkan hatinya tersentuh.Menurut wanita berkenaan, dia terdengar si ibu menasihati anak lelaki sulungnya supaya memakai semula pakaian lama kerana tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan adik-beradiknya."Ibu dia kata dekat anaknya yang lelaki... abang pakai baju yang dulu boleh, sebab abah ada duit untuk adik-adik je. Aku tengok muka anak lelaki dia. Dia mesti sedih tapi faham apa ibu cakap.Keluarga itu turut menerima duit belanja daripada guru tersebut. -Gambar hiasan AI"Aku ni memang pantang tengok (situasi) macam tu. Rasa simpati sangat dan aku saja-saja pergi dekat mereka, lepas tu tegur dia dengan suami. Baik mereka berdua ni."Lepas je berbual, aku cakap dekat anak-anak dia. Ambil la yang mana nak, nanti akak bayarkan. Ibu mereka terus tarik tangan aku cakap tak payah," ceritanya di Threads.Namun pengadu tetap berkeras mahu membelanjakan wang kira-kira RM1,500 untuk digunakan membeli semua keperluan sekolah anak kepada pasangan ini.ARTIKEL BERKAITAN: 4 anak masuk sekolah, penyewa cuma mampu bayar RM300... ‘Owner‘ terus halal sewa rumah RM1,550 - “Kita mudahkan urusannya”ARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat ibu batal beli buku sekolah anak sebab tak cukup duit, suami isteri sanggup bantu bayar lebih RM500Selepas selesai membuat bayaran, wanita tersebut turut menghulurkan RM500 wang tunai sebagai bantuan tambahan hingga menyebabkan si ibu tidak dapat menahan air mata."Suami dia banyak kali cakap terima kasih. Aku pun sama-sama tolong carikan apa mereka perlukan untuk sekolah. Ayah budak-budak tu tengok je harga barang yang anak dia ambil."Aku cakap jangan risau, biar mereka ambil. Lepas siap bayar, ibu mereka peluk aku. Aku hulur sikit wang tunai yang ada dalam dompet.:Lagi la ibu mereka menangis. Anak-anak dia semua salam aku," cerita individu itu lagi.Seorang wanita tersentuh melihat anak sulung diminta pakai baju lama kerana wang hanya cukup untuk adik-adik.Dia kemudian menawarkan diri membelikan kelengkapan sekolah untuk anak-anak keluarga itu.Keluarga berkenaan terharu dan mengucapkan terima kasih berulang kali.Wanita itu turut memberi wang tunai sebagai bantuan tambahan.Rupanya anak-anak keluarga itu bakal bersekolah di tempat dia mengajar.Ringkasan ini dijana oleh AIApa yang lebih mengejutkan, wanita itu kemudian menerima mesej daripada si ibu, memaklumkan anak-anaknya bakal bersekolah di tempat wanita itu mengajar."Nak jadikan cerita, kan aku cakap hanya terserempak famili tu. Maknanya kami tidak saling mengenali."Tapi tiba-tiba ada orang mesej aku. Si ibu tu la. Rupanya nanti anak-anak dia akan bersekolah dekat tempat aku."Punya la kecil dunia ni. Aku tak tahu mana dia dapat nombor dan tak tahu macam mana dia boleh tahu yang aku ni cikgu," ujarnya mengakhiri cerita.