suria

Tunang pergi kenduri, wanita mengamuk ada gambar perempuan lain dalam ‘group photo’ - “Dia tak minta maaf, terus block”

Cemburu berlebihan boleh menimbulkan salah faham dan tekanan emosi antara pasangan. -Gambar hiasan AI

PERASAAN cemburu adalah normal dalam sesebuah hubungan, kerana sering dianggap sebagai tanda kasih sayang.

Namun, ia perlu dikawal agar tidak menjejaskan kepercayaan dan keharmonian antara pasangan.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan wanita ini di laman Threads, dia meluahkan rasa terkilan apabila tunangnya tidak sensitif meskipun mengetahui dirinya seorang yang agak cemburu, sehingga mengundang perbalahan antara mereka.

“Kelmarin tunang saya pergi kenduri kahwin kawan dia. Dia cakap semua lelaki je yang pergi.

Cemburu adalah perkara biasa bagi setiap individu yang menjalinkan hubungan. -Gambar hiasan AI

“Dia juga ada janji yang takkan bergambar dengan perempuan sebab dia tahu saya tetap cemburu walau siapa pun perempuan tu. Saya dengan dia hubungan jarak jauh (LDR).

“Balik dari kenduri, dia upload gambar dengan kawan-kawan lelaki dan ada perempuan juga beberapa orang,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Nasi bungkus jadi punca, wanita cemburu suami kerap tapau untuk rakan pejabat - “Dia mesej tanya perempuan tu!”

ARTIKEL BERKAITAN:Perasaan sayang bertukar takut! Gadis lari balik Indonesia, sembunyi dari kekasih kuat cemburu tapi tetap rasa tak selamat

Didorong rasa sakit hati, dia bertanyakan perihal tersebut dan membangkitkan janji yang diucapkan tunangnya sebelum ini.

Namun ujarnya, tindakan itu membuatkan situasi semakin buruk apabila tunangnya bukan sahaja marah, malah menyekat nombor telefonnya.

  • Seorang wanita terkilan apabila tunangnya melanggar janji dan tidak menjaga perasaannya.

  • Tunangnya memuat naik gambar bersama rakan termasuk perempuan ketika hadir kenduri.

  • Pertengkaran tercetus apabila tunangnya menuduh dia memfitnah.

  • Wanita tersebut tegaskan dia hanya luahkan perasaan, bukan menuduh atau memfitnah.

  • Warga maya menyifatkan isu itu remeh dan kedua-duanya belum cukup matang.

Post sajalah gambar dengan kawan lelaki dan pengantin je. Tak payah post bergambar begitu. Kemudian dia marah dan dia cakap saya pelik.

“Dia suruh saya ubah mindset dan berhenti fitnah dia. Padahal saya cuma luah yang saya cemburu padanya. Dia tak ada minta maaf dan terus block. Salah ke apa yang saya rasa?

“Tunang saya lagi kuat cemburu. Saya bercakap dengan client lelaki pun ada je semua serba tak kena,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun luahan wanita berkenaan mengundang kecaman rata-rata warga maya.

Komunikasi yang jujur penting untuk mengelakkan cemburu daripada merosakkan hubungan. -Gambar hiasan

Mereka berpendapat wanita tersebut dan tunangnya masing-masing belum matang kerana pergaduhan melibatkan perkara remeh.

“Aku pun jenis jealous. Tapi kalau dah bergambar ramai-ramai okay je la, dan itu pun pasangan member dia... takkan dia nak halang?

Sorry awak terlebih insecure dan over. Kalau bergambar ramai-ramai tu kenduri, biasalah.

“Alahai semaknya perangai. Nama pun wedding, mestilah kawan-kawan tunang kau ada yang bawa partner... kau nak expect apa,” demikian antara komen netizen.

Artikel Lain