KEHADIRAN sanak saudara dalam majlis kenduri atau perjumpaan keluarga biasanya akan memeriahkan suasana selain dapat mengeratkan lagi silaturahim.Namun suasana meriah dan menggembirakan pasti akan bertukar menjadi sebaliknya apabila ada dalam kalangan ahli keluarga yang menunjukkan perlakuan negatif. Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap ibu saudaranya yang suka mengerah dan mengarah orang lain termasuklah dirinya.Setiap individu perlu saling menghormati dan bertolak ansur sesama ahli keluarga. -Gambar hiasan AI"Saya ada seorang makcik macam ni. Baru sampai, belum sempat nak jejak mozek (lantai rumah) lagi kaki ni... dia dah suruh sapu dan mop lantai."Apa kejadahnya? Anak kau tu kau tak suruh, lepas tu aku satu keluarga yang baru sampai ni kau nak bagi arahan hawau," ceritanya di Thread.Ibu saudaranya mengulangi sikap sama ketika mereka makan tengah hari beramai-ramai, apabila dia 'diarah' membasuh pinggan dan mengemas dapur, sedangkan anak sendiri tidak disuruh melakukan apa-apa tugasan.Geram diperlakukan sebegitu, dia terus menjawab bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘alergi’ dengar kerja kilang, terus pandang rendah macam tiada ‘kelas’! Bangga canang anak sendiri jadi supervisorARTIKEL BERKAITAN: “Luaran Muslimah, dalaman macam sundal!” - Ramai meluat tengok perangai makcik pejabat ‘flex’ diusik staf ‘pucuk muda’"Suatu hari tu kami ada makan tengah hari sekali lepas tu dia suruh aku basuh pinggan dan kemas dapur. Anak dia dekat sebelah, terus aku cakap ha kau dengar tak mak kau cakap."Jangan lupa buat sebab mak aku dah masak untuk kita semua makan. Sejak dari hari kejadian tu, dia tak suruh aku dah," katanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama ketika menghadiri majlis keluarga.Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji keberaniannya kerana menganggap sikap tegas seperti itu perlu ada dalam diri setiap individu supaya tidak ditindas.Seorang wanita tak puas hati ibu saudaranya suka mengarah dan 'kerah' tenaga orang lain.Dia diarahkan menyapu, mengemop serta mengemas dapur walaupun anak makciknya itu ada bersama mereka.Wanita berkenaan akhirnya menegur makciknya secara 'halus' di tempat terbuka.Selepas ditegur, ibu saudara itu tidak lagi mengarahkannya membuat kerja rumah.Netizen puji keberanian dan mengakui ramai pernah alami situasi sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah kena. Tapi sepupu-sepupu lain yang kena kerah tu. Saya kecil lagi tapi nampak situasi tu dan benci sangat. Tapi sepupu saya baik sangat tak melawan cuma mengata dekat belakang."Hebat! Perempuan macam ni la perlu ada pada setiap keluarga. Jangan lembik sampai selalu kena buli macam dalam drama pukul 7 malam tu."Ada je ibu saudara macam ni. Kalau masa kenduri macam dia terpaling penat. Padahal penat ke hulu ke hilir. Buat nampak sibuk tapi akhirnya dia yang dapat nama," komen beberapa netizen.