SEORANG lelaki meraih perhatian selepas berkongsi pengalamannya bekerja dengan golongan wanita berusia yang belum mendirikan rumah tangga.Menurut lelaki itu, kebanyakan wanita berstatus anak dara tua atau andartu yang dikenalinya sering menunjukkan sikap atau perangai lebih kurang sama. "Sepanjang kerjaya, bekerja dengan andartu la yang paling menyeksakan. Tak semua, tapi tu je yang aku jumpa setakat ni.Sikap majikan boleh menjadi punca kakitangan berhenti kerja. -Gambar hiasan AI"Kerja bagus, tapi semua kau nak betul sampai tak nampak salah sendiri. Tak ada empati atau simpati. Staf kemalangan, waris staf meninggal, dia senyap."Cari salah orang lain, cari salah team lain. Kau punya team paling sempurna, padahal team kau dibenci sebab menyusahkan team lain. Benda kecil dibesar-besarkan."Banyak lagi la. Sifat-sifat ini aku jumpa dekat spesies (andartu) ni, hampir sama kesemuanya," tulisnya menerusi aplikasi Thread.Lelaki kongsi pengalaman tidak seronok apabila bekerja dengan golongan andartu.Dia menyifatkan golongan itu sebagai manusia yang tiada empati terhadap orang lain.Beberapa lelaki lain turut mengakui mereka berdepan situasi sama ketika bekerja dengan andartu.Seorang lagi wanita tampil memberi penjelasan ilmiah tentang hakikat sebenar yang dilalui andartu.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, beberapa lelaki tampil mengakui mereka turut berdepan situasi sama ketika bekerja dengan golongan berkenaan."Aku ada pengalaman, tiga kali kerja dengan andartu. Ya, aku setuju dengan statement kau."Pernah ada pengalaman kerja dengan andartu. Kerja mulut nak jerit, maki orang je."Betul. Belum kira mood swing macam nenek kebayan. Hari ni happy, esok tiba-tiba meroyan," tulis beberapa lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Andartu T20 tak sedar diri, usia cecah 50 tahun aktif bertukar skandal... Paling tak tahan berangan nak kahwin macam lelaki KoreaARTIKEL BERKAITAN: Cikgu pencen kematian isteri lamar ‘andartu’, pasang cita-cita nak tambah anak - “Larat lagi ke nak bangun tukar lampin”Di sebalik komen-komen negatif terhadap andartu, seorang wanita dilihat meninggalkan komen penjelasan mengenai hakikat yang dilalui golongan itu."Perangai sesetengah perempuan bujang umur 30 ke atas ni, yang nampak bossy, moody and lack empathy ni selalunya bukan sebab mereka tak kahwin."Tapi sebab kombinasi stres kronik, jawatan tinggi dan emotional burnout. Hidup mereka dalam survival mode, emosi tak dapat regulate. Jadi, stres dilepaskan kepada staf bawahan. "Berbeza dengan wanita berkahwin dan ada anak, biasanya ada emotional co-regulation dan support system, hormon bonding mereka lebih stabil dan ada ruang lepaskan penat. Sebab tu emosi dan empati lebih terkawal," tulis wanita itu pula.