PERUBAHAN waktu makan sepanjang bulan Ramadan mendorong segelintir individu mengubah rutin harian termasuk aktiviti senaman dan olahraga.Ada yang menjadikan tabiat bersenam sebelum sahur kerana percaya tubuh akan lebih bertenaga dan segar. Namun bagi Pakar Perubatan Sukan di Hospital Pondok Indah Bintaro Jaya, Indonesia, Dr Risky Dwi Rahayu, waktu tidur yang cukup juga perlu juga diberi perhatian walaupun anda memilih untuk bersenam sebelum sahur."Pemulihan diri ketika tidur adalah penting seperti bersenam."Sekiranya bersenam pada waktu yang sering digunakan untuk berehat tanpa menebusnya kembali, badan berisiko mengalami keletihan," jelasnya seperti dilaporkan Kompas.com.Baginya, kurang tidur boleh menjejajaskan tumpuan, daya tahan seterusnya menyebabkan prestasi fizikal merosot terutama sekali pada bulan puasa.Pengambilan zat makanan yang betul dapat membantu memastikan kecergasan tubuh. -Gambar hiasan AIAnda yang ingin memastikan senaman pra-sahur selamat dan berkesan, bolehlah cuba tip yang diberikan Dr Risky Dwi Rahayu ini.1. Pastikan tidur cukupJangan korbankan waktu tidur semata-mata mahu bersenam. Jika bangun lebih awal, cuba tebus semula waktu rehat pada siang atau malam hari.2. Kawal intensiti latihanLakukan ‘ujian bercakap’, jika masih boleh bercakap tanpa tercungap-cungap, itu bermakna intensiti yang dilakukan adalah sesuai. Walau bagaimanapun, elakkan latihan terlalu berat.3. Hadkan tempoh 30 hingga 60 minit sahajaTempoh durasi ini sudah mencukupi untuk anda mengekalkan kecergasan tanpa menggunakan banyak tenaga sebelum memulakan rutin harian.4. Ambil sahur seimbang selepas senamanPilih karbohidrat kompleks untuk tenaga berpanjangan manakala protein untuk pembaikan otot.Paling penting, anda perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.5. Kenali had badan sendiriJika rasa pening, terlalu letih atau sukar fokus sepanjang hari, mungkin intensiti terlalu tinggi.Oleh itu, semak semula senaman yang dilakukan.6. Dapatkan nasihat doktor jika ada masalah kesihatanIndividu dengan diabetes, hipertensi, penyakit jantung, wanita hamil atau menyusu perlu berbincang dengan doktor sebelum mencuba rutin ini.