suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kalau tak ada tawaran, saya cipta sendiri" - Namie tidak letak harapan tinggi, dunia komedi makin malap

PELAWAK dan pengacara Namie Smy mengakui dia sudah bersedia dari awal untuk berdepan kemungkinan tawaran dalam bidang komedi semakin berkurangan.

Menurut Namie atau Najmi Shaharudin, 30, dia tidak boleh terlalu bergantung kepada satu bidang sahaja memandangkan keadaan industri hiburan ketika ini turut terkesan dengan ekonomi semasa.

“Bagi saya tak semestinya komedi sahaja. Industri lain pun ada terkesan juga dengan keadaan sekarang.

“Saya memang jenis yang tak mahu terlalu selesa kalau tak ada peluang, saya kena cari dan cipta peluang sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Namie, dia juga memilih untuk menerima perubahan dalam industri komedi dengan hati terbuka dan tidak menjadikannya sebagai satu tekanan.

“Dulu kita tengok komedian ada di mana-mana, program nyanyian ada komedian, radio pun ada komedian.

“Tapi sekarang program komedi dah tak banyak macam dulu jadi saya kena terima itu sebagai satu putaran dalam industri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi