suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scha Alyahya sibuk berlakon, Awal Ashaari banyak berkorban biar isteri kedepan

PELAKON Scha Alyahya meluahkan terharu terhadap pengorbanan suaminya iaitu Awal Ashaari yang sentiasa memberikan ruang buat dirinya untuk terus aktif dalam kerjaya seni.

Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, Awal lebih selesa memilih untuk berada di belakang tabir demi memberi peluang untuknya terus menyerlah di hadapan.

Malah dia bersyukur kerana dikurniakan suaminya sangat memahami minatnya selain sentiasa menyokong apa sahaja dilakukan.

“Awal kalau bab lakonan kurang sikit tapi lebih kepada pengacaraan jadi sekarang ini lebih kepada belakang tabir untuk uruskan syarikat sendiri.

"Awal ada cakap nak berlakon tapi tidaklah serius sangat kalau kena dengan masa cuma belum lagi tapi syukur sangat sebab memahami malah dia (Awal) tahu saya memang suka bekerja dan tak boleh duduk diam.

“Alhamdulillah dia benarkan saya terus bekerja dan Awal banyak berkorban untuk keluarga, Thank you daddy,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi