suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut video nyanyi depan Ella raih 30 juta tontonan, Putri Hafirra tak tiru suara idola

PENYANYI baharu, Putri Hafirra menyangkal dakwaan dia meniru gaya dan suara nyanyian ratu rock negara, Ella ketika membuat persembahan.

Putri atau nama sebenarnya Putri Nordaniesya Hafirra Mohd All Hafiz, 13, menegaskan itu merupakan suara semula jadinya dan bukan hasil imitasi mana-mana penyanyi.

Meskipun Ella merupakan antara idolanya, dia tidak pernah meniru gaya nyanyian penyanyi tersebut dan hanya menyampaikan lagu dengan cara serta identiti vokalnya sendiri.

“Siapa kata saya tiru suara Ella tu, bagi saya tidak. Memang suara saya macam tu.

“Memang saya minat Ella. Tapi saya adalah saya, tak tiru sesiapa pun," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Putri mula menjadi perhatian selepas video nyanyiannya di platform TikTok yang memaparkan dia menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah di hadapan Ella tular di media sosial.

Rakaman berkenaan kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan meraih lebih 30 juta tontonan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi