suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sekarang saya single bukan isteri orang” - Norreen Iman buka mulut jawab isu cerai

SELEPAS sekian lama berteka-teki mengenai status rumah tangganya, pelakon Norreen Iman mengesahkan dia dan suami Mohd Raizi Abdul Razak sudah sah bercerai sejak tahun lalu.

Menurut Norreen, 32, mereka mendapatkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana mahu mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya hal berkait hukum agama.

“Pagi Khamis, kami selesaikan segala persoalan yang tertanya-tanya sebelum ini, status saya sekarang memang single dan bukan lagi isteri seseorang serta juga sudah habis tempoh edah.

“Pengesahan lafaz cerai itu sudah sah jatuh talak sejak tahun lalu kerana lafaz pertama itu berlaku pada akhir tahun lalu,” katanya kepada mStar.

Tambah Norreen, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk diterima apatah lagi mereka sudah mendirikan rumah tangga hampir 15 tahun.

Dalam pada itu, pelakon itu turut menafikan dakwaan kononnya perpisahan mereka berpunca daripada masalah kewangan seperti diperkatakan netizen.

“Kalau nak cakap susah senang, saya memang bersama dia dari dulu lagi, saya pernah jadi budak flat naik motorsikal dengannya kemana saja, semua orang tahu content kami dulu kan. Saya bukan datang daripada keluarga senang.

“Tak malu nak cakap yang waktu kahwin dulu pun tiada kereta, jadi jangan buat andaian dan bersangka baik la ya,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Norren Iman bakal muncul dalam sebuah filem romantik komedi iaitu Kata Hati yang membariskan pelakon seperti Nia Atasha, Scha Al-Yahya, Taqim Zaki, Fazziq Muqris dan menemui penonton pada 4 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi