suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegang prinsip tidak boleh dibeli, Sarimah Ibrahim tak terima atau bagi ‘hadiah’

PELAKON dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui dia jarang menerima hadiah sempena sambutan hari istimewa melibatkan dirinya.

Menurut Sarimah, 48, situasi itu mungkin berpunca daripada prinsip hidup yang dipegangnya sejak dahulu, selain sikapnya yang lebih selesa menjaga batas dalam hubungan profesional.

Malah katanya lagi , prinsip tersebut juga berkemungkinan menjadi antara faktor dia kurang menerima tawaran kerja serta peluang besar dalam industri seni tempatan.

“Tak pernah... Saya memang jarang dapat hadiah untuk apa juga majlis keraian. Terasa pula saya sebab tak pernah ada tawaran macam itu.

“Tapi saya rasa orang sekeliling sangat jelas dengan prinsip hidup saya. Mungkin sebab itu jugalah saya tak dapat banyak job dan peluang dalam industri. Jangan... Nanti keluar cerita lain pula,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Sarimah berkata dia sentiasa berhati-hati dalam setiap urusan kerja dan enggan terlibat dengan perkara yang boleh menjejaskan integritinya sebagai anak seni.

Menurutnya, sebagai individu yang sudah lama berada dalam industri hiburan, dia tidak menafikan pernah berdepan situasi melibatkan cubaan memberi imbuhan atau ‘rasuah’ bagi mendapatkan sesuatu kepentingan.

“Sebagai manusia biasa, memang ada yang cuba beri rasuah dan sebagainya, sebab itu saya banyak bersuara di Threads untuk menyuarakan soal keadilan dan pendirian saya.

“Tapi tak pernah sampai ada jumlah tertentu sebab sebelum itu saya dah putuskan hubungan. Mereka tahu Sarimah ini tidak boleh dibeli,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi