suria

Muss nasihat penyanyi baharu jangan ‘syok sendiri’ dalam berkarya, kena ada hala tuju jelas

VOKALIS kumpulan Barbarik, Muss, berpendapat penyanyi baharu perlu lebih bijak dalam menentukan haluan awal kerjaya mereka dalam industri muzik supaya tidak tersasar daripada identiti sebenar.

Menurut Muss atau Mustaffa Din, 58, karya pertama yang dihasilkan seseorang artis juga memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju genre dan penerimaan pendengar terhadap mereka.

“Karya pertama itulah yang akan tentukan genre seseorang penyanyi itu di dalam industri. Kebanyakkan tak semua tapi selalunya begitu.

“Dunia hiburan ni kena kreatif, penyanyi baharu kena buat sesuatu orang suka dia dan 'barang' dia boleh dijual ada nak beli.

“Tapi kalau dia jual barang tiada orang nak beli susahlah. Namun kena ada sifat sentiasa mencuba sampai berjaya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Muss turut mengingatkan penyanyi baharu agar tidak menghasilkan karya yang terlalu ‘syok sendiri’ sehingga akhirnya hilang arah dan identiti sebenar dalam berkarya.

“Salah satunya jangan buat karya syok sendiri, kena sedar diri dalam hidup.

“Ramai orang nak jadi 'somebody' bukan diri sendiri, di situ yang jadi susah,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi