suria

Nampak kelakar nama band sama, Tam Spider cadang buat baru elak peminat keliru

PENYANYI Tam Spider berharap tiada mana-mana pihak menggunakan dua versi nama kumpulan kerana bimbang keadaan itu akan mengelirukan peminat.

Menurut Tam,53, setiap anggota mempunyai hak terhadap perjuangan masing-masing, namun dia kurang bersetuju jika wujud dua kumpulan menggunakan identiti hampir sama.

“Pada saya, itu hak masing-masing sebab dalam band semua ada hak terhadap nama dan lagu-lagu yang pernah diperjuangkan bersama.

“Tapi kalau sampai jadi dua Spider, secara peribadi saya tak galakkan sebab nanti nampak kelakar pula, kalau nak buat benda lain, buatlah nama lain atau cipta identiti baharu jadi saya lebih suka macam itu.

“Kalau ada Spider One, Spider Two, organizer pun boleh pening nak panggil yang mana satu, yang kesian sebenarnya peminat sebab mereka jadi serba salah nak sokong siapa, Kedua-dua mereka suka,"  katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi