suria

[V] Kim Khairii sudah berkahwin, miliki cahaya mata lelaki usia empat bulan… Isteri bekas artis rakaman asal Sabah

PESERTA program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Kim Khairii akhirnya mendedahkan status dirinya yang sudah berumah tangga.

Enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangganya, Kim atau nama sebenarnya Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, 23, berkata dia mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan memilih untuk merahsiakan perkara itu demi menjaga privasi keluarga.

“Betul saya dah kahwin. Saya sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Kim memilih untuk menjaga privasi isteri dan anak.

“Saya pilih untuk menjaga privasi dan yang penting sekarang orang dah tahu saya sudah berkahwin,” katanya kepada mStar.

Kim berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Talk To My Manager minggu kelima yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Kim turut mendedahkan dia dan isterinya sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih dibayangi rasa bersalah, Safura Yaacob tinggalkan ibu bapa demi lelaki… “Mungkin Allah ambil anak saya kerana banyak dosa”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir TTMM2

Menurut Kim, atas permintaan isterinya, dia tidak berkongsi foto keluarga mereka di media sosial.

“Saya sudah mengenalinya selama empat tahun sebelum berkahwin. Kami juga sudah ada seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan.

“Saya memilih untuk merahsiakan di media sosial dan tidak berkongsi sebarang foto bersama isteri dan anak.

“Lagi pun isteri saya tidak selesa sekiranya wajahnya dikongsi kepada umum,” ujarnya.

Betul saya dah kahwin. Saya sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

KIM KHAIRII

PESERTA TTMM2

Bercerita lanjut, Kim berkata isterinya pernah bergelar penyanyi di bawah sebuah syarikat rakaman sebelum memilih kerjaya di luar bidang seni.

Pengalaman itu membuatkan isterinya memahami serta sentiasa memberi sokongan terhadap penyertaannya dalam TTMM2.

“Saya hanya boleh beri hint isteri saya berasal dari Sabah. Alhamdulillah dia menyokong perjalanan saya dalam TTMM.

Kim dan Safura (kanan) bertanding dalam TTMM musim kedua.

Kim dan Safura (kanan) bertanding dalam TTMM musim kedua.

“Isteri hanya pesan untuk jaga diri sebab sekarang ini sudah dua bulan dia di Sabah. Insya-Allah kalau maşuk peringkat akhir mungkin isteri akan datang menyaksikan persembahan saya,” jelasnya.

Sementara itu, Kim berkata dia reda sekiranya pendedahan status perkahwinannya memberi kesan terhadap sokongan peminat.

“Saya rasa peminat tidak perlu kecewa bila tahu sudah berkahwin sebab saya menyanyi untuk menghiburkan anda semua.

“Kalau perkara (perkahwinan) ini menyebabkan hilangnya peminat, saya reda.

Isteri sentiasa memberi sokongan terhadap penyertaan Kim di TTMM2.

Isteri sentiasa memberi sokongan terhadap penyertaan Kim di TTMM2.

“Tak perlu nak sorok status kerana macam mana sekali pun orang akan tahu juga nanti,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa Kim sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut dakwaan itu, individu berkenaan pernah menonton video ibu Kim iaitu penyanyi Safura menyanyi pada majlis perkahwinannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain