Ismail dilaporkan semakin pulih selepas dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Seremban. Foto The Star
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Seremban."Beliau kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan semakin pulih. "Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan terus dikurniakan kesihatan yang baik," kata pembantunya menerusi satu pesanan ringkas pada Ahad.Bagaimanapun, pembantu berkenaan tidak memperincikan punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dimasukkan ke hospital tersebut.Terdahulu media melaporkan upacara angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan baharu, yang dijadualkan berlangsung di Istana Seri Menanti pada Ahad, tidak menjadi kenyataan.Ismail sebelum ini memaklumkan pelantikan Exco baharu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.