PENTADBIRAN Donald Trump secara beransur-ansur mendedahkan sejumlah besar dokumen kerajaan berkaitan salah satu misteri terbesar dan paling lama menjadi tanda tanya dalam cerita rakyat Amerika Syarikat (AS), iaitu bigfoot.Pada 15 Oktober lalu, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mendedahkan tiga fail daripada koleksi rekodnya yang dikenali sebagai "Bigfoot/Sasquatch Records", lapor The Washington Post. Pendedahan itu sekali lagi mencetuskan tanda tanya mengenai legenda makhluk gergasi berbulu lebat yang dikatakan berkeliaran di hutan Amerika Utara, namun tidak pernah berjaya ditangkap.Rekod berkenaan termasuk laporan siasatan rasmi Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat (USFS) pada Jun 1982 berhubung penemuan kesan tapak kaki yang dipercayai milik bigfoot di kawasan tadahan air Mill Creek, dalam Hutan Negara Umatilla di negeri Washington.ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh berbulu hitam pekat, tinggi cecah 2.4 meter... Wanita terkejut bigfoot melintas depan kereta pukul 10 malamPasukan penyiasat merekodkan ukuran kesan tapak kaki, mengambil gambar berwarna serta menghasilkan acuan plaster di beberapa lokasi bagi memelihara bukti fizikal luar biasa itu.Satu lagi fail memperincikan laporan pertemuan dengan makhluk berkenaan di Montana yang dipercayai berlaku sekitar 1940-an.Satu dokumen setebal enam halaman yang turut didedahkan bulan lalu dan ditulis pada 1980 menceritakan laporan sejarah dari Petty Creek, Montana, oleh Leo Kinney.Kinney mendakwa melihat satu set kesan tapak kaki bersaiz besar bersama tiga pemburu lain pada 1940-an.Pendedahan itu turut merangkumi butiran mengenai satu penampakan yang dilaporkan berlaku pada 2003 di Sanders County, Montana. -Agensi